Berita

Proton perkenal model istimewa | Harian Metro

Proton perkenal model istimewa | Harian Metro 2

PROTON Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan empat model Edisi Khas terdiri daripada Proton Persona dan Exora Edisi Hitam dan Saga serta Iriz R3 Edisi Terhad.

Ia masih mengekalkan enjin yang sama dengan model standard dengan 1.6L CVT (Persona), 1.6T CVT (Exora), 1.6L CVT (Iriz) dan 1.3L AT (Saga). Keempat-empat model Proton Edisi Khas itu dijual pada harga RM54,700 (Persona Edisi Hitam), RM67,800 (Exora Edisi Hitam), RM52,900 (Iriz R3 Edisi Terhad) dan RM42,300 (Saga R3 Edisi Terhad).

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, model istimewa ini adalah pelancaran yang pertama untuk Proton bagi tahun 2021 menawarkan lebih pilihan kepada pelanggan.

“Kami sentiasa mengambil kira maklum balas pelanggan dan menyedari mereka mahukan lebih banyak varian edisi khas dikeluarkan untuk pembelian kereta baharu.

“Ia juga bukti kemampuan Proton sebagai pengeluar kereta ‘servis-sepenuhnya’ yang boleh melakar, membuat dan membina kereta kita sendiri bermula daripada sekeping kertas kosong,” katanya pada pelancaran maya, semalam.

Untuk model Persona dan Exora Edisi Hitam, kedua-keduanya diberi sentuhan kemasan luaran terutama pada gril dengan hiasan hitam dan emas pada bawah bampar hadapan dan belakang.

Ia dipadankan dengan rim aloi berwarna emas dan kemasan hitam pada bahagian atas lampu hadapan.

Ruang dalaman dengan gaya tempat duduk dan kemasan pintu baharu pada material kulit hitam mewah serta kemasan baharu untuk papan pemuka dan butang fungsi.

Exora turut dilengkapi dengan skrin paparan di bumbung dan penapis udara kabin N95.

Saga dan Iriz R3 Edisi Terhad dengan penawaran warna hitam dan kuning seperti Edisi Ulangtahun ke-35 yang diperkenalkan tahun lalu yang kini ditambah dengan kit badan, pelekat badan dan cermin hadapan serta belakang R3.

Selain itu, terdapat kemasan halus seperti lambang R3 pada penutup but dan pelekat tingkap juga ditawarkan.

Ruang dalaman tema R3 dengan sentuhan warna kuning pada panel tengah, kombinasi meter dan corong penyaman udara yang dipadankan dengan alas kaki khusus R3.

Tempat duduk dan roda stereng kulit dan logo R3 pada papan pemuka menyerlahkan gaya.

Proton perkenal model istimewa | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo