Artikel Terkini

PRU15: 7 kertas siasatan dibuka, 6 ditahan

PRU15: 7 kertas siasatan dibuka, 6 ditahan
PRU15: 7 kertas siasatan dibuka, 6 ditahan 1

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka tujuh kertas siasatan berhubung pelbagai kesalahan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sejak semalam.

Pengarah Operasi PRU15 PDRM, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, jumlah itu melibatkan tiga siasatan di Selangor, dua siasatan di Pahang manakala, dua lagi di negeri Johor.

“Kertas-kertas siasatan terbabit dibuka mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan beberapa kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998, Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954 dan Akta Bahan Letupan 1957.

“Selain itu, kami juga turut menahan enam lelaki yang terlibat dengan kes dilaporkan berlaku di Sungai Petani, Kedah pada 19 November lalu,” ujarnya.

“Enam lelaki tersebut ditahan susulan beberapa kumpulan parti kira-kira seramai 300 orang berkumpul di Dataran Zero, Pekan Lama Sungai Petani pada pukul 2.15 pagi.

Jelasnya lagi, keenam-enam suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9 AKPR 1954.

“Sebanyak 3,417 laporan diterima sejak 4 November lalu sehingga semalam. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 508 kertas siasatan dibuka dan 149 kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Sementara itu, tujuh kertas siasatan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA), enam kes telah dituduh di mahkamah dan empat kes telah dijatuhkan hukuman sepanjang tempoh berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.


PRU15: 7 kertas siasatan dibuka, 6 ditahan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo