Artikel Terkini

PRU15: Balu Menteri Besar Terengganu naik ambulans untuk mengundi

PRU15: Balu Menteri Besar Terengganu naik ambulans untuk mengundi
PRU15: Balu Menteri Besar Terengganu naik ambulans untuk mengundi 1

MARANG – Keuzuran menderita penyakit saraf tidak menjadi halangan buat seorang wanita warga emas berusia 89 tahun untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Fatimah Ismail yang merupakan balu Menteri Besar Terengganu keenam, Allahyarham Mohd. Daud Samad begitu bersemangat ke pusat pengundian, Sekolah Kebangsaan Rusila di sini dengan menaiki ambulans.

Wanit kepada 13 anak, 32 cucu dan lebih 100 cicit yang menderita penyakit saraf sejak lima tahun lalu tiba di pusat mengundi itu dengan ditemani salah seorang anaknya pada pukul 11 pagi.

“Penyakit saraf yang saya hadapi sejak tahun 2017 menyebabkan pergerakan terbatas namun ia bukan alasan tidak menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Ini bukan kali pertama saya ke pusat mengundi dengan ambulans. Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018 pun sama,” katanya ketika ditemui di SK Rusila di sini hari ini.

Suami Fatimah iaitu Allahyarham Mohd. Daud pernah menjadi Menteri Besar Terengganu antara tahun 1959 hingga 1961.

Wanita warga emas yang menetap di Kampung Rusila berkata, beliau begitu memahami kepentingan mengundi pada pilihan raya umum. – KOSMO! ONLINE


PRU15: Balu Menteri Besar Terengganu naik ambulans untuk mengundi 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo