Artikel Terkini

PRU15: Jamal lapor polis isu poster tular

PRU15: Jamal lapor polis isu poster tular
PRU15: Jamal lapor polis isu poster tular 1

SABAK BERNAM – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos tampil membuat laporan polis berhubung satu posting poster berunsur fitnah dan menyemarakkan sentimen perkauman.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sini, kira-kira pukul 5 petang tadi.

Peguam beliau, Datuk Mohd. Imran Tamrin berkata, poster yang menuduh dan mengaitkan Jamal itu dikhuatiri berpotensi menggugat ketenteraman awam dan berunsur hasutan.

“Kenyataan dimuat naik di media sosial memaparkan poster kempen ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 2016 itu jelas berbentuk fitnah yang menyentuh peribadi.

“Perkara itu sudah dijelaskan Jamal beberapa kali ketika kempen PRK Parlimen kerana ia ternyata berniat jahat,” katanya.

Jelas beliau, hantaran tular itu juga disifatkan mengambil kesempatan ketika tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kita tahu suhu politik semakin meningkat dan tindakan seumpama itu jelas menyentuh isu perkauman selain keselamatan calon kita ketika berkempen.

“Jika pengundi mempercayainya, ia akan menggugat ketenteraman awam,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, pihaknya telah membuat semakan mengenai perkara tersebut.

“Kertas siasatan sudah dibuka pada Jun 2016 berkaitan isu papan iklan kempen pilihan raya tersebut.

“Polis menasihatkan orang ramai tidak memuat naik sebarang isu sensitif yang boleh menggugat keharmonian dan kelancaran proses PRU15,” katanya. – KOSMO!ONLINE


PRU15: Jamal lapor polis isu poster tular 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo