Artikel Terkini

PRU15: Kabinet rugi tiada pemimpin seperti Johari- PM

PRU15: Kabinet rugi tiada pemimpin seperti Johari- PM
PRU15: Kabinet rugi tiada pemimpin seperti Johari- PM 1

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan barisan Kabinet pimpinannya dilihat seakan tidak lengkap memandangkan tiada pemimpin mempunyai kepakaran bidang ekonomi seperti Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Johari merupakan bekas Menteri Kewangan II ketika era pimpinan BN dan bertanding di Parlimen Titiwangsa pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menyuarakan pandangan itu, Perdana Menteri berkata, barisan Kabinetnya memerlukan pemimpin seperti Johari yang mempunyai kepakaran dan berpengalaman luas dalam bidang ekonomi.

“Kita perlukan pemimpin seperti Johari, Kabinet rugi kerana tiada pemimpin pakar ekonomi seperti beliau.

“Kita (pengundi) kena pastikan Johari menang dulu jika mahu lantik (sebagai menteri),” katanya ketika berucap pada Jelajah Santai Anak-Anak Keramat Bersama Datuk Johari di sini tadi.

Katanya, pengundi juga perlu membuat perbandingan calon yang bertanding pada PRU kali ini dengan memilih individu boleh diharapkan dan mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Tidak guna pilih calon, akhirnya sampai empat tahun tidak jumpa dan bantu kita. Pengundi mahu calon yang boleh membela mereka. Begitu juga parti, perlu bandingkan yang mana boleh diharap serta boleh jaga kepentingan.

“22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah, apa mereka beri kepada rakyat Keramat. Jadi, 60 tahun BN perintah, banyak dilakukan termasuk kepada penduduk di sini,” jelasnya.

Susulan itu, Ismail Sabri berkata, pengundi diminta untuk memilih parti yang boleh membela rakyat dan bukannya pemimpin yang akan menyusahkan mereka. – KOSMO! ONLINE


PRU15: Kabinet rugi tiada pemimpin seperti Johari- PM 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo