Artikel Terkini

PRU15: Kempen berunsur agama dan kaum, Rafizi enggan berlembut

PRU15: Kempen berunsur agama dan kaum, Rafizi enggan berlembut
PRU15: Kempen berunsur agama dan kaum, Rafizi enggan berlembut 1

AMPANG – Ingin hentikan parti politik berkempen secara tidak sensitif terutamanya terhadap isu agama dan kaum, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak mengesahkan hal berkenaan dan difahamkan, laporan dibuat kira-kira pukul 11.28 pagi.

“Antara laporan diterima adalah mengenai satu video kempen ceramah oleh seorang Ketua Pemuda PAS Sik Kedah, Shahiful Nasir mengatakan “Pengundi yang mengundi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan masuk neraka.

“Seterusnya, video ucapan yang dibuat oleh pelakon, Zul Huzaimy yang mengatakan akan menyembelih orang kafir harbi,” jelasnya dalam kenyataan.

Jelasnya, Rafizi memohon supaya satu siasatan dijalankan rentetan kes berkenaan dan turut merasakan kandungan video tersebut boleh menyebabkan ketidaktenteraman orang awam.

“Hasil semakan mendapati, satu kertas siasatan telah dibuka bersabit dengan laporan polis di Alor Setar, Kedah bagi isu video yang tular melibatkan Shahiful Nasir.

“Kes tersebut disiasat di bawah seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Bagi kes pelakon, Zul Huzaimy pula, kertas siasatan dibuka bersabit dengan laporan polis di Chukai, Kemaman, Terengganu dan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. -KOSMO! ONLINE


PRU15: Kempen berunsur agama dan kaum, Rafizi enggan berlembut 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo