Artikel Terkini

PRU15: [RASMI] Johari tumbangkan Khalid Samad

PRU15: [RASMI] Johari tumbangkan Khalid Samad
PRU15: [RASMI] Johari tumbangkan Khalid Samad 1

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berjaya merampas kembali kerusi berkenaan selepas meraih 25,042 undi dengan majoriti 4,632 undi.

Keputusan itu sekali gus membolehkan Johari menewaskan pencabarnya, Khalid Abdul Samad mewakili Pakatan Harapan (PH) yang meraih 20,410 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Dr. Rosni Adam pula memperoleh sebanyak 14,518 undi manakala calon Pejuang, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan meraih 888 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Titiwangsa, Firdzaus Said di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Dewan Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki pada pukul 12.10 pagi tadi.

Johari hadir ke pusat berkenaan bersama penyokongnya ketika keputusan itu diumumkan.

Seramai 60,858 daripada 80,747 pengundi keluar mengundi iaitu sebanyak 76.4 peratus manakala 512 undi rosak.

Pada PRU14, Datuk Seri Rina Mohd. Harun memenangi kerusi Titiwangsa dengan majoriti 4,139 undi selepas memperoleh sebanyak 23,840 undian pada PRU14.

Rina menewaskan Johari yang memperoleh sebanyak 19,701 undian manakala calon Pas, Mohamad Noor Mohamad hanya memperoleh 6,845 undi. – KOSMO! ONLINE


PRU15: [RASMI] Johari tumbangkan Khalid Samad 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo