Infotainment

PU Abu Bakal Bercerai Dengan Hana Azraa, Nafi Tumbuk Bekas Isteri Kedua Di Muka

PU Abu Bakal Bercerai Dengan Hana Azraa, Nafi Tumbuk Bekas Isteri Kedua Di Muka 2

Setelah hampir setahun berlalu, pendakwah kontroversi PU Abu Sufyan tampil mengesahkan bahawa dia kini dalam proses penceraian dengan isteri keduanya, Hana Azraa yang juga pengasas kosmetik tempatan.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh PU Abu menerusi ruangan Instagram ketika mengadakan sesi soal jawab bersama pengikut media sosialnya itu.

Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi turut menjelaskan bahawa perbicaraan kes tersebut di mahkamah syariah telah ditetapkan pada 19 April ini.

 

“Perbicaraan sepatutnya berlangsung lebih awal tapi ditunda gara-gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kalau nak yang terbaik untuk seseorang, tidak semestinya kena bersama dengan mereka.”

Dalam pada itu, muncul pula soalan daripada netizen di mana Hana baru-baru ini ada memuat naik foto seperti lebam di bahagian mata.

Abu kemudiannya menafikan bahawa dia telah mencederakan wanita itu tetapi mendakwa lebam tersebut disebabkan oleh kemalangan kecil namun tidak menjelaskannya dengan lebih lanjut.

Hana Azraa sebelum ini telah memuat naik gambar bangunan Mahkamah Syariah di Anak Bukit, Alor Setar dengan kapsyen ringkas di fotonya itu.

Sebelum ini ada desas desus yang menyatakan pasangan ini kembali bersama selepas beberapa episod pergolakan sebelum ini. Namun ketika ditemui media, Hana memberitahu bahawa perkahwinannya dengan Abu kini sudah tiada peluang untuk berbaik semula.

Hasil perkahwinan mereka yang berlangsung pada Mei 2019 yang lalu, Hana dan PU Abu telah dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Muhammad Uwais Al-Mateen pada Februari 2020.



PU Abu Bakal Bercerai Dengan Hana Azraa, Nafi Tumbuk Bekas Isteri Kedua Di Muka 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo