Berita

Rafiq Razali dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Media Prima

Rafiq Razali dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Media Prima 2

Kuala Lumpur: Media Prima Berhad (Media Prima) mengumumkan pelantikan Rafiq Razali sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan, berkuat kuasa 18 Februari 2021.

Media Prima dalam kenyataan hari ini berkata, Rafiq menyertai Kumpulan pada 2016 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, REV Media Group (RMG) yang sebelum ini dikenali sebagai Media Prima Digital.

“Beliau berjaya melaksanakan strategi pemulihan perniagaan yang memacu RMG menjadi satu daripada syarikat media digital yang terunggul dari segi kewangan dan capaian audiens.

“Kejayaaan pemulihan ini turut membawa kepada pertumbuhan pendapatan yang signifikan dan konsisten, menjadikan RMG syarikat yang mencatat keuntungan,” katanya.

Menurutnya, beliau bertanggungjawab dalam usaha pengambilalihan strategik aset-aset digital oleh Media Prima termasuklah kejayaan pengambilalihan Rev Asia Holdings Sdn Bhd yang telah menyediakan pangkalan data demografik audiens golongan muda kepada Kumpulan.

“Pengambilalihan ini, di samping aset-aset yang dibangunkan dalaman dengan mengambil kesempatan harta intelek Media Prima yang popular, telah mengukuhkan lagi capaian Media

Prima menjadi platform digital terunggul di Malaysia di kalangan pengguna peranti mudah alih.

“Ia meletakkan Media Prima di kedudukan ketiga di belakang Google dan Facebook berdasarkan capaian audiens digital keseluruhan dalam negara.

“Malah, di bawah kepimpinannya, RMG telah memeterai persefahaman usahasama dengan jenama-jenama digital global seperti Mashable, IGN dan Technave,” katanya.

Menurutnya, Rafiq juga memainkan peranan utama dalam usaha transformasi perniagaan Media Prima untuk menyatukan strategi digital Kumpulan merentasi kesemua anak-anak syarikatnya.

“Antara pencapaian utamanya sehingga kini termasuklah pelaksanaan strategi data raya untuk Kumpulan bagi menyediakan maklumat masa sebenar dan profil audiens yang mendalam menggunakan algoritma kecerdasan buatan yang kompleks.

“Kemuncak kejayaannya dicapai ketika RMG menerima anugerah 2019 Digital Publisher of the Year oleh Malaysian Digital Association,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Media Prima, Datuk Syed Hussian Aljunid berkata, lembaga pengarah mengalu-alukan pelantikan Rafiq yang mempunyai pengalaman luas serta rekod kejayaan dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif penting transformasi perniagaan di peringkat Kumpulan.

“Beliau juga seorang yang mempunyai kemahiran serta dihormati di dalam lanskap media digital setelah berkhidmat

dengan beberapa syarikat permulaan digital sebelum menyertai Media Prima.

“Kami percaya beliau akan memberi sumbangan besar kepada masa hadapan Kumpulan,” katanya.

Rafiq Razali dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Media Prima 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo