Artikel Terkini

Ragbi Selangor mahu tamatkan penantian 14 tahun

Ragbi Selangor mahu tamatkan penantian 14 tahun
Ragbi Selangor mahu tamatkan penantian 14 tahun 1

SHAH ALAM – Pasukan ragbi Selangor melangkah ke pentas separuh akhir Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 selepas melakukan kejutan dengan menumbangkan naib juara 2018 , Terengganu di Padang Ragbi, UiTM hari ini.

Pada aksi suku akhir tersebut, Selangor tampil garang apabila menewaskan Terengganu dengan keputusan 19-12 menerusi tiga try dan dua conversion.

Terengganu yang cuba bangkit mencari mata penyamaan pada saingan tersebut hanya melakukan dua try dan satu conversion, sekali gus menutup peluang mereka ke separuh akhir.

Pengurus pasukan ragbi Selangor, Darmadi Karya Ariffin mengakui berbangga dengan pencapaian anak didiknya, namun mengakui misi mereka belum berakhir apabila akan menentang juara bertahan dari Kelantan esok.

“Pasukan melakukan persiapan cukup baik sebelum menuju ke Sukma dan pada hari ini mereka tahu apa yang perlu dilakukan bila berdepan pasukan hebat seperti Terengganu.

“Selangor juga sudah lama tidak menggenggam pingat pada Sukma. Kali terakhir kami meraih pingat pada 2008 iaitu gangsa. Jadi, pemain bermain dengan cukup baik.

“Saya harap pada perlawanan separuh akhir esok, Selangor mampu mencipta kejutan sekali lagi bila berdepan Kelantan untuk merebut tempat ke final.

“Bagi saya ia bukan satu misi mustahil. Jadi esok, Selangor akan memberikan perlawanan terbaik,” katanya ketika ditemui sejurus tamat perlawanan.

Sementara itu, Pahang yang menewaskan pasukan Sabah 10-07 pada aksi suku akhir akan berdepan Negeri Sembilan untuk merebut tempat ke final.

Untuk rekod, Pahang ketika ini dalam misi memburu pingat emas sulung mereka pada temasya dwitahunan tersebut. KOSMO! ONLINE


Ragbi Selangor mahu tamatkan penantian 14 tahun 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list