Infotainment

Raja Azmi Mengaku Tanggung Suami Sejak Dua Tahun Lalu

Raja Azmi Mengaku Tanggung Suami Sejak Dua Tahun Lalu
Raja Azmi Mengaku Tanggung Suami Sejak Dua Tahun Lalu 1

Pelakon dan penerbit filem, Raja Azmi mengakui menanggung suaminya yang juga pemuzik, Mohd Eddie Ghazali sejak dua tahun lalu.

Memetik Harian Metro, Raja Azmi berkata suaminya terjejas pendapatan berikutan pandemik sejak lebih dua tahun lalu.

BACA: Raja Azmi, Eddie Sah Bergelar Suami Isteri Buat Kali Kedua

“Suami menjaga bapanya sakit. Tidak lama selepas itu bapanya meninggal dunia. Itu percaturan Allah SWT buat dirinya. Dia kini merencana perjalanan kerjaya memandangkan sektor pekerjaannya bakal kembali beroperasi Jun ini.

“Dia adalah pemuzik di kelab yang semuanya ditutup sepanjang tempoh sekatan sebelum ini. Jadi, buat masa ini tugasnya adalah menemani saya ke mana-mana majlis atau acara.

“Suami isteri seharusnya hidup bertolak ansur. Ketika dia susah, saya tolong. Mana tahu jika dia berjaya nanti, dia pula yang menanggung saya,” katanya.

Dalam pada itu, Raja Azmi berkata tiada siapa yang sempurna namun dia menyifatkan suaminya sebagai seorang yang romantik dan bertanggungjawab.

“Masuk usia semakin senja ini, tiada apa yang saya harapkan selain kebahagiaan hingga hujung nyawa. Suami saya semakin hari semakin romantik.

“Dalam 10 perkara, hanya satu kekurangannya. Jadi kenapa tidak tutup sebelah mata dan melihat kebaikannya. Malah, kita sendiri pun tidak sempurna,” katanya.

Terdahulu, Raja Azmi dan Eddie berkahwin pada 13 Oktober 2013, namun bercerai kira-kira setahun selepas itu. Bagaimanapun mereka rujuk kembali dua tahun selepas itu.


Raja Azmi Mengaku Tanggung Suami Sejak Dua Tahun Lalu 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list