Berita

Rakyat Thailand kritik kekayaan keluarga diraja

Rakyat Thailand kritik kekayaan keluarga diraja 1

Rakyat Thailand kritik kekayaan keluarga diraja 2

Bangkok: Gerakan demokrasi di Thailand kini mengubah arah dengan mengkritik secara langsung kekayaan monarki apabila ribuan aktivis berarak di Bangkok bagi menuntut Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn melepaskan hak harta kekayaannya bernilai berbilion dolar.

Isu harta milik keluarga diraja di negara itu belum pernah disentuh oleh rakyat sebelum ini.

Semalam, sekurang-kurangnya 7,000 penunjuk perasaan membawa pelampung itik kuning yang menjadi simbol pergerakan itu berarak di jalan berhampiran ibu pejabat Siam Commercial Bank (SCB) untuk membantah pengurusan kewangan Raja Maha Vajiralongkorn yang sulit dan tidak didedahkan kepada umum.

Tunjuk perasaan itu berlaku selepas polis memanggil 12 pemimpin gerakan demokrasi untuk disoal siasat berhubung tuduhan memfitnah kerajaan, membabitkan peruntukan undang-undang yang pertama kali digunakan dalam tempoh hampir tiga tahun.

Selama berbulan-bulan Thailand diselubungi oleh tunjuk perasaan yang menuntut perlembagaan baharu, reformasi monarki yang sebelum ini tidak boleh dikritik dan peletakan jawatan Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha.

Kebanyakan penunjuk perasaan memakai baju T dengan imej itik kuning dan topi serta membawa topi keledar untuk mempertahankan diri daripada meriam air dan gas pemedih mata polis.

Kerajaan kini berdepan protes politik yang panjang apabila gerakan demonstrasi melancarkan kritikan yang hebat terhadap keluarga diraja.

Penunjuk perasaan minggu lalu melukis grafiti antikerajaan di sekitar balai polis di tengah Bangkok dan semalam menuntut raja untuk melepaskan kawalan kepada ‘setiap sen, setiap baht’ daripada kekayaannya.

Vajiralongkorn yang menaiki takhta selepas kemangkatan ayahnya pada tahun 2016, mengambil alih Crown Property Bureau, yang menguruskan aset dan pelaburan keluarga Diraja Thai.

Lembaga Pengarah biro itu sebelumnya diketuai oleh menteri kewangan yang mengawal dan memantau harta kekayaan yang dianggarkan bernilai antara AS$30 bilion (RM122.08 bilion) dan AS$60 bilion (RM244.17 bilion).

Rakyat Thailand kritik kekayaan keluarga diraja 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo