Infotainment

Ramai Hairan Kenapa Myra Natasya Anak Halim Othman Guna Binti Abdullah?

Ramai Hairan Kenapa Myra Natasya Anak Halim Othman Guna Binti Abdullah?
Ramai Hairan Kenapa Myra Natasya Anak Halim Othman Guna Binti Abdullah? 1

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Myra Natasya mendedahkan bahawa dia merupakan anak tunggal kepada bekas penyampai radio dan pengacara, Halim Othman.

Pendedahan itu mengejutkan ramai sekaligus mengundang pelbagai spekulasi netizen, malah netizen bertindak menyiasat biodata gadis itu namun hairan apabila tertulis nama sebenar Yusmyra Natasya Abdullah.

BACA: 3 Tahun Rahsia Identiti, Myra Natasya Akhirnya Dedah Anak Halim Othman

Menjelaskan mengenai kekeliruan itu, menerusi mStar Online, Myra berkata ibunya Yusnita Omar berkahwin dengan Halim di Thailand pada 1994.

Kata Myra lagi, dia dilahirkan pada 1995 dan ibu bapanya mengambil keputusan untuk bercerai empat tahun kemudian. Difahamkan, perkahwinan mereka tidak didaftarkan di Malaysia.

“Mengenai nama saya Yusmyra Natasya binti Abdullah… saya menggunakan ‘binti Abdullah’ kerana ibu bapa saya kahwin di Thailand.

“Bapa saya berkahwin sebelum dia menjadi seorang ‘public figure’ iaitu pada tahun 1994, mereka bercerai ketika umur saya tiga tahun.

“Dia tidak mahu cerita sebab masa itu dia baru cerai dan baru mula dalam bidang seni, jadi dia kata tak perlu untuk cerita perkara yang bukan tentang kerjaya,” katanya.

Dalam pada itu, Myra meluahkan rasa syukur selepas 27 tahun bapanya akhirnya bersetuju untuk membuka rahsia tersebut selepas beberapa kali membuat permintaan.

“Ini masa terbaik untuk memberitahu perkara itu, kalau dulu semasa saya berada dalam pertandingan pasti ada yang beranggapan saya ingin menumpang glamor atau guna cable.

“Saya umumkan sekarang sebab mungkin satu hari nanti saya akan berkahwin dan saya rasa tak elok andai harus terus berpura-pura.

“Saya pernah tanya kepada bapa jika orang tanya siapa bapa saya, boleh ke saya beritahu… dia kata okey cakap jelah. Saya terus rasa terharu dan menangis kerana itu bukan pertama kali saya minta kebenaran dia… mungkin kali ke 18. Mungkin sebab bulan Ramadan, hati dia akhirnya terbuka untuk berkongsi,” katanya.


Ramai Hairan Kenapa Myra Natasya Anak Halim Othman Guna Binti Abdullah? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list