Infotainment

Ramai Hilang Punca Rezeki, Alam Wakaka Buat Entri Khas Luah Kerisauan, Minta Peminat Tag Datuk Ismail Sabri

Ramai Hilang Punca Rezeki, Alam Wakaka Buat Entri Khas Luah Kerisauan, Minta Peminat Tag Datuk Ismail Sabri 2

Meluahkan rasa kerisauan dan kegusaran mengenai nasib guru tari dan koreografer di Malaysia, Alam Wakaka telah membuat ssebuah entri khas mengenai isu tersebut menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Ramai Hilang Punca Rezeki, Alam Wakaka Buat Entri Khas Luah Kerisauan, Minta Peminat Tag Datuk Ismail Sabri 3Dia yang juga merupakan seorang penari serta guru koreografer meluahkan rasa bimbang apabila ramai rakan seangkatan dengannya berdepan masalah kehilangan sumber pendapatan.

Menurut Alam, dia menulis entri berkenaan dengan harapan supaya studio tarian dan koreografi dapat dikecualikan dari penutupan dan dapat dibuka dengan SOP yang bersesuaian.

Dia dalam pada itu turut berharap permintaannya itu dapat didengari dan sampai ke pengetahuan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Ismail Sabri Yaakob supaya dapat dipertimbangkan olehnya.

Meskipun sudah redha dengan keadaan yang dialaminya kini, namun jauh di sudut hati Alam dia berharap ada sedikit sinar harapan buat mereka untuk meneruskan hidup dalam situasi yang sukar kini.

Terdahulu, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali negeri Perlis, Pahang dan Kelantan sehingga 6 Disember ini.



Written by Intan


 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Ramai Hilang Punca Rezeki, Alam Wakaka Buat Entri Khas Luah Kerisauan, Minta Peminat Tag Datuk Ismail Sabri 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo