Infotainment

Ramalan Kartun The Simpsons Tahun Lalu Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini

Ramalan Kartun The Simpsons Tahun Lalu Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini 1

Ramalan Kartun The Simpsons Tahun Lalu Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini 2

Bagi anda yang pernah mengikut siri kartun popular, The Simpsons, anda sudah pasti terbiasa dengan beberapa ramalan dari siri tersebut yang menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, Bill Oakley, penulis The Simpsons telah menolak dakwaan bahawa rancangan itu meramal masa hadapan. Dia menyatakan bahawa apa yang berlaku itu hanyalah kebetulan.

simpsons-trump

Tetapi, melihat kepada beberapa kejadian yang terjadi, peminat seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh penulis The Simpsons. Kebanyakan daripada mereka percaya bahawa ia adalah sesuatu yang ‘benar-benar’ dirancang.

Terdapat beberapa ramalan dari The Simpsons yang nampaknya menjadi kenyataan. Paling tak masuk akal adalah rancangan itu meramalkan wabak COVID-19 akan menyerang seluruh dunia seawal tahun 1993 lagi.

Selain daripada itu, ramalan The Simpsons bahawa satu hari nanti Donald Trump bakal naik menjadi Presiden Amerika Syarikat juga telah menjadi kenyataan.

Ramalan The Simpson Jadi Kenyataan Hari Ini?

Dalam satu siri Halloween ke-31 Simpsons, Treehouse of Horror XXXI yang dikeluarkan pada tahun lalu telah menunjukkan bahawa AS akan berada dalam situasi ‘kiamat’ menjelang tahun 2021.

Di dalam rancangan terbabit, ia dimulakan dengan hari pilihan raya pada permulaan episod dalam jenaka klasik Simpsons yang berkempen dalam pilihanraya AS; “Biden Harris”, “Trump Putin” dan “Pilih Sesiapa Saja”.

The-new-issue-of-the-Simpsons-showed-the-beginning-of-2021

Doomsday

Pada hari di mana pelantikan Presiden AS yang baharu, The Simpsons memaparkan Springfield bertukar menjadi keadaan yang huru hara. Robot memenuhi bandar, bangunan terbakar dan Homer dilihat memakai baju besi sambil memegang senapang.

Ia memaparkan keadaan yang huru hara disebabkan keputusan pilihan raya yang tidak boleh diterima oleh kebanyakan rakyat AS. Persoalannya kini, adakah ini satu ramalan atau sebenarnya ia memang benar-benar dirancang?

Terbaharu, awal pagi ini, kita dikejutkan dengan penyokong Donald Trump bersesak di jalanan dan telah menyerang banggunan Capitol – tempat pertemuan Kongres Amerika Syarikat dan kerusi perundangan kerajaan persekutuan AS.

Ia dipimpin oleh organisasi yang dinamakan sebagai QAnon. Ahlinya datang daripada mereka yang percaya kepada teori konspirasi bahawa Trump sedang berperang dengan ‘syaitan elit‘ dari pihak kerajaan, peniaga dan media.

Di dalam sebuah video yang dirakam oleh wartawan Huffington Post, kelihatan para penyokong Trump telah menyerbu masuk ke dalam Capitol dengan memanjat dinding tinggi sebelum memenuhi banggunan Capitol.

Kelihatan juga seorang pegawai polis yang bertugas di Capitol cuba untuk menghentikan penunjuk perasaan dari masuk ke dalam bangunan. Ia mengugut mereka menggunakan senjata dan memberitahu penunjuk perasaan agar mundur. Tetapi amarannya tidak dilayan.

Trump dalam beberapa minggu kebelakang ini telah membawa dakyah teori konspirasi yang liar dan tidak berasas. Dia turut menyokong teori yang dibawa oleh QAnon.

Menjelang rusuhan pada awal pagi ini, akaun Twitter, QAnon secara aktif menyeru agar semua orang yang turun ke jalan raya untuk berdemo dengan ganas – dan nampaknya banyak dari mereka mengikut nasihat terbabit.

Difahamkan, tunjuk perasaan itu berlaku ketika penggubal undang-undang AS membincangkan pengesahan Joe Biden sebagai Presiden. Disebabkan keadaan yang memanas, bangunan Capitol ditutup. Sementara polis melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan orang ramai.

Berbalik kepada siri kartun The Simpson, walaupun apa yang dipaparkan oleh penulis dengan apa yang terjadi secara realiti adalah sedikit berbeza – terutama bab robot dan hari kiamat. Tetapi rusuhan ini jelas seakan sama dengan apa yang diramal oleh The Simpson sejak tahun lalu lagi.

Dengan keadaan yang huru hara, banyak orang yang tidak berpuas hati dan keputusan pilihanraya yang tidak berpihak kepada Trump semestinya akan digunakan untuk penyokongnya turun ke jalan raya dan menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.

Boleh jadi apa yang dipaparkan oleh The Simpsons adalah satu kebetulan, seperti apa yang dikatakan oleh penulisnya, Bill Oakley. Tetapi apabila terlalu banyak kebetulan, orang ramai mula percaya bahawa ia adalah sesuatu yang sudah dirancang.

NINTCHDBPICT000618766529

Peminat The Simpsons berpendapat bahawa siri kartun ini sudah lama meramalkan keputusan pilihan raya AS yang menyaksikan Joe Biden naik sebagai Presiden AS.

Dalam satu episod pada tahun 2012, peta pilihan raya dipaparkan kelihatan sangat mirip dengan peta yang ada sekarang dengan warna merah dan biru. Sebahagian orang pula menyatakan apa yang diramalkan oleh The Simpsons sebenarnya dilakukan melalui hasil kajian.

Kesimpulannya di sini, boleh jadi apa yang dipaparkan oleh The Simpson itu hanyalah satu kebetulan sahaja dan bukannya ramalan yang dirancang. Ia menjadi kebetulan apabila penulis The Simpsons sendiri melakukan kajian tentang apa yang terjadi pada masa akan datang.

Terdahulu, Steve Jobs juga telah meramalkan sesuatu akan terjadi pada masa hadapan pada tahun 1990. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ramalan Steve Jobs Pada Tahun 1990 Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini




Ramalan Kartun The Simpsons Tahun Lalu Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo