Infotainment

Ramalan Steve Jobs Pada Tahun 1990 Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini

Ramalan Steve Jobs Pada Tahun 1990 Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini 1

Ramalan Steve Jobs Pada Tahun 1990 Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini 2

Steve Jobs, individu yang bertanggungjawab menaikkan jenama Apple pernah meramalkan pada tahun 1990 bahawa teknologi Adobe Flash tidak lagi relevan. Dan pada Januari 2021, ramalan itu ternyata menjadi kenyataan.

Untuk anda yang tidak tahu, beberapa hari lalu Adobe secara rasmi mengumumkan bahawa syarikat itu akan menyekat semua kandungan yang menggunakan Flash Player mulai 1 Januari 2021.

Tidak cukup dengan itu, Adobe juga menggesa pengguna untuk membuang Flash Player dari peranti mereka.

Untuk rekod, pada 2015, Facebook dan Mozilla mula memboikot teknologi Flash dari perkhidmatan mereka pada masa itu. Namun, jauh sebelum itu lagi, pada 2010, Steve Jobs yang ketika itu memegang jawatan sebagai CEO Apple pernah menulis surat kepada Adobe untuk membantah teknologi Flash.

Tujuan Steve Jobs melakukan perkara tersebut adalah kerana dia meramalkan bahawa teknologi Flash diciptakan untuk zaman PC dan tidak akan relevan lagi pada masa akan datang dengan tren teknologi akan terarah kepada teknologi pintar.

Dalam satu tulisan kepada Adobe, Steve Jobs menyatakan bahawa teknologi Flash pada masa akan datang tidak lagi relevan dan ketinggalan zaman. Apa yang seharusnya dilakukan oleh Adobe adalah membaik pulih teknologi mereka pada masa akan datang dan bukannya mengkritik Apple kerana meninggalkan Flash.

Steve Jobs dengan pendiriannya menyatakan bahawa teknologi Adobe tidak sesuai untuk peranti dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Apple. Menurutnya, Flash telah memberi reaksi buruk kepada hayat bateri dan mempunyai masalah keselamatan. Kenyataan ini juga telah menyebabkan berlakunya perang diantara Apple dan Adobe pada tahun 2010.

Untuk menguatkan lagi hujah Steve Jobs, pada tahun 2009, Symantec pernah meletakkan Flash dalam satu senarai kerana memiliki salah satu rekod keselamatan terburuk pada tahun 2009, lapor CNN.

Kini, dengan peredaran zaman yang pesat dan membangun, jenama besar seperti Facebook, Netflix dan YouTube sudah mula mengalihkan video mereka ke telefon pintar tanpa teknologi Flash.

Dan akhirnya, pada 1 Januari 2021, Adobe Flash Player yang menghadapi tekanan daripada pelbagai jenama besar secara rasmi telah mengakhiri hayatnya. Dikeluarkan pada tahun 1996, Flash telah menjadi salah satu teknologi paling popular di dunia dan digunakan hampir setiap orang.

Terdahulu, surat permohonan kerja dari Steve Jobs telah terjual pada harga RM684,000. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Surat Permohonan Kerja Steve Jobs Tahun 1973 Terjual Pada Harga RM684,000

Ini Apa Yang Dilakukan Steve Jobs Saat Menerima Kecaman Orang Ramai

Netizen Dakwa Steve Jobs Masih Hidup Dan Sedang Berehat Di Mesir




Ramalan Steve Jobs Pada Tahun 1990 Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo