Berita

Rampas RM12.3 juta dadah di Pulau Pinang

Rampas RM12.3 juta dadah di Pulau Pinang 1

Rampas RM12.3 juta dadah di Pulau Pinang 2

Georgetown: Polis Pulau Pinang merampas pelbagai jenis dadah, pil ekstasi, air dan daun ketum serta pokok ganja bernilai kira-kira RM12.3 juta dalam pelbagai operasi sejak awal tahun sehingga 8 November lalu.

Ia menyaksikan peningkatan sekitar RM100,000 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, antara yang dirampas ialah 1,209 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah traditional dan sintetik, 72,756 biji (pil ekstasi dan pil psikotropik), 7,081.26 liter (air ketum), 995.65 kg daun ketum serta tujuh batang pokok ganja.

Beliau berkata, dalam tempoh itu juga 8,587 orang ditahan berkaitan kes dadah, antaranya membabitkan 4,488 orang atas kesalahan memiliki dadah, 2,011 orang pembekal, 1,609 penagih serta 326 orang ditahan berulang kali kerana memiliki dadah yang disiasat menurut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seramai 153 orang disiasat di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).

“Jumlah tangkapan berkaitan dadah berkurang sebanyak 23 peratus atau 1,956 orang, berbanding tempoh sama tahun lalu, ini antara lain berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak bulan Mac lalu,” katanya dalam persidangan media di sini hari ini.

Sementara itu Mustafa Kamal berkata, polis menahan seorang lelaki dan merampas 4,780 biji pil ekstasi bernilai kira-kira RM90,000 di hadapan sebuah hotel di sini, Sabtu lalu, hasil maklumat dan risikan pihaknya sejak dua minggu.

Beliau berkata, penganggur berumur 41 tahun yang mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah itu ditahan pada 8.20 malam bersama 10 bungkusan plastik lutsinar mengandungi pil ekstasi.

Lelaki yang didapati positif dadah itu ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan, disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah berbahaya 1952.

Rampas RM12.3 juta dadah di Pulau Pinang 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo