Infotainment

“Rasa Cinta Saya Terhadap Shuhada Masih Ada”

“Rasa Cinta Saya Terhadap Shuhada Masih Ada”
“Rasa Cinta Saya Terhadap Shuhada Masih Ada” 1

Sebaik sahaja keluar dari mahkamah pagi tadi, pelakon Hafidz Roshdi mengakui masih cintakan isterinya, Nurul Shuhada dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

Memetik Sinar Harian, Hafidz berkata dia mahu berbaik dengan isterinya serta berharap ruang berdamai masih terbuka.

BACA: Mahkamah Perintah Hafidz Roshdi Dihantar ke Hospital Bahagia

“Saya mahu berbaik dan harap ruang pendamaian (dengan isteri) masih terbuka. Rasa cinta saya terhadap Shuhada masih ada,” katanya.

Sementara itu Hafidz menyifatkan pertuduhan yang dihadapi olehnya adalah satu episod suram dalam hidupnya namun reda dengan takdir tersebut.

“Apapun, saya reda dengan apa yang telah ditakdirkan. Kini kes saya telah dihadapkan ke mahkamah dan biarlah mahkamah sahaja yang membuat pertimbangan sewajarnya,” katanya.

Dalam pada itu, Hafidz turut meluahkan rasa rindu terhadap dua anaknya iaitu Humairah dan Umar selepas dua minggu tidak bertemu.

“Kepada kedua-dua anak saya, Humairah dan Umar, abah rindu dan sayang kalian berdua. Tidak pernah sesaat pun abah lupakan kalian,” katanya.


“Rasa Cinta Saya Terhadap Shuhada Masih Ada” 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo