Kini Trending
Umum tahu, pengacara dan usahawan Neelofa sedang menempuh tempoh berpantang di rumah ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed.
Artikel Berkaitan: ‘Sempat Makan Laksa Johor & 14 Jam Layan Kontraksi’ – Neelofa Kongsi Detik Manis Sebelum Lahir Muhammad Bilal
Terbaru, perkongsian Neelofa, 33, di Instagram Stories mencuri tumpuan ramai. Neelofa berkongsi sekeping foto berwarna hitam putih yang memaparkan jeriji besi seperti ingin memberitahu hidupnya sedang terkurung.
Dengan menulis kapsyen yang ringkas, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor seakan menggambarkan perasaan yang sedang dirasai yang melibatkan emosi dan fizikalnya.
Kenapa pada fasa awal kehamilan dan berpantang terasa seperti duduk di dalam ini? Secara emosi dan fizikal.
Ingin mendapatkan jawapan sama ada perasaan itu normal untuk seorang wanita sedang hamil dan berpantang, isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Haris ini meminta agar orang ramai berkongsi pengalaman masing-masing.
Saya seorang yang rasa begini atau ramai juga melalui perkara sama? Adakah normal? Boleh kongsi nasihat atau pengalaman?
Bekas hos program MeleTOP ini baru melahirkan anak lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.
Sumber: Instagram @neelofa
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo