Infotainment

Razer x Fossil Gen 6 Diumumkan Dengan Pilihan Muka Jam Dan Tali Yang Menarik

Razer x Fossil Gen 6 Diumumkan Dengan Pilihan Muka Jam Dan Tali Yang Menarik
Razer x Fossil Gen 6 Diumumkan Dengan Pilihan Muka Jam Dan Tali Yang Menarik 1

Acara CES 2022 turut memperlihatkan Fossil hadir dengan dua penawaran peranti boleh-pakai baharu. Salah satu daripadanya adalah Razer X Fosil Gen 6 dan ia merupakan edisi khas yang dihasilkan dengan kerjasama Fossil dan Razer. Edisi khas ini hadir dengan tiga pilihan muka jam dengan elemen eksklusif yang bertemakan Razer.

Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai kesan pencahayaan berbeza yang boleh disesuaikan. Bagaimanapun, ia bukannya pencahayaan jenis RGB. Ia juga mempunyai kerangka berasaskan keluli tahan karat yang lebih besar dengan diameter 44mm. Di samping, dua yang boleh ditukar ganti di dalam kotak. Tali ini turut diperkemaskan lagi dengan pilihan warna hitam dan hijau neon yang menarik. Difahamkan, hanya 1,337 unit sahaja yang tersedia untuk dibeli.

Razer x Fossil Gen 6 Diumumkan Dengan Pilihan Muka Jam Dan Tali Yang Menarik
Razer x Fossil Gen 6 Diumumkan Dengan Pilihan Muka Jam Dan Tali Yang Menarik 7

Lain-lain spesifikasi adalah seperti model standard, di mana ia menggunakan cip Snapdragon Wear 4100+ dan perisian Google Wear OS 2.0. Namun begitu, ia dikatakan boleh dinaik-taraf kepada WearOS 3.0 menjelang penghujung tahun ini. Ia turut menampilkan muka jam berbentuk bulat bersaiz 1.28-inci berwarna, sokongan GPS terbina dan kebolehan pembayaran tanpa sentuh.

Razer x Fossil Gen 6 Diumumkan Dengan Pilihan Muka Jam Dan Tali Yang Menarik 3
Razer x Fossil Gen 6 Diumumkan Dengan Pilihan Muka Jam Dan Tali Yang Menarik 8

Sementara itu, Skagen Falster Gen 6 turut diumumkan. Ia didatangkan dengan kerangka tahan karat bersaiz 42mm dan enam pilihan gaya yang berbeza. Ini termasuklah tali berasaskan silikon dan kulit yang ditawarkan dalam kemasan warna berbeza. Peningkatan untuk kali ini adalah ia dijana dengan Snapdragon Wear 4100+ dan boleh dinaik-taraf kepada WearOS 3.0 kelak. Lain-lain spesifikasi adalah skrin AMOLED 1.28-inci dengan kepadatan piksel 326ppi. Ia juga dilengkapi memori 1GB RAM dan storan dalaman 8GB.

Untuk harga, Razer X Fosil Gen 6 ditawarkan pada harga $329 (~RM1,385), sementara itu Razer Skagen Falster Gen 6 pula berharga $295 (~RM1,242) untuk seutas.

Sumber : xda-developers

Razer x Fossil Gen 6 Diumumkan Dengan Pilihan Muka Jam Dan Tali Yang Menarik 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo