Berita

Reaksi Van Jones ditonton 3.6 juta kali

Reaksi Van Jones ditonton 3.6 juta kali 2

Washington: Kenyataan penuh beremosi mewarnai pengumuman calon Parti Demokrat, Joe Biden bakal presiden baharu Amerika Syarikat (AS).

Pengulas politik CNN, Van Jones antara yang terawal memberikan pandangan sebaik Donald Trump diumumkan tewas pada pilihan raya negara itu.

Ketika ditemubual oleh penyampai CNN, Anderson Cooper, Jones tidak mampu menyembunyikan perasaan sebak dan beberapa kali mengesat air matanya ketika memberikan pandangannya.

Menurutnya, pemilihan Biden menunjukkan karakter seseorang dan sikap bercakap benar, menjadi individu yang baik adalah perkara lebih penting,

Selain itu katanya, ia melegakan ramai pihak yang sebelum ini hidup dalam kebimbangan sepanjang pentadbiran Trump.

“Ia akan mudahkan ramai orang dan jika anda Muslim (anda) tidak perlu bimbang jika Presiden tidak menyukai kamu.

“Jika kamu warga asing, kamu tidak perlu khuatir Presiden tidak gembira dengan kelahiran bayi kamu dan merampas mereka tanpa sebab,” katanya.

Sambil merujuk kepada kematian lelaki berkulit hitam ketika dalam tahanan polis, George Flyod, Jones berkata, ramai orang yang sebelum ini seperti Floyd ‘sukar bernafas’.

“Saya mahu anak saya melihat keadaan ini dan ia bukan sesuatu yang mudah. Bagi mereka yang kalah… ini bukan hari yang baik.

“Namun bagi mereka yang menang, ia sudah pasti sesuatu yang menggembirakan malah ia turut diraikan ramai orang,” katanya.

Kemenangan Biden menamatkan era pemerintahan Donald Trump yang dikatakan menjadi punca perpecahan paling teruk di negara itu.

Sehingga kini, video temu bual Jones di CNN sudah ditonton lebih 3.6 juta kali.

Reaksi Van Jones ditonton 3.6 juta kali 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo