Infotainment

Rekaan Antaramuka Twitter Spaces Untuk Web Diperlihatkan – Amanz

Rekaan Antaramuka Twitter Spaces Untuk Web Diperlihatkan – Amanz 2

Beberapa bulan lalu, Twitter telah mula memperkenalkan ciri perbualan audio beramai-ramai yang dinamakan Twitter Spaces untuk menandingi populariti Clubhouse yang pada waktu itu memperlihatkan populariti yang semakin meningkat.

Ciri Spaces kini sudahpun hadir untuk aplikasi Twitter pada platform Android dan iOS dan ia dilihat seperti pengguna Twitter pada platform PC/web telah diabaikan. Akan tetapi, ini tidak benar kerana terdapat beberapa ciapan yang memperlihatkan rekaan antaramuka Spaces untuk Twitter pada platform web.

Ciapan oleh Jane Wong memperlihatkan preview card untuk Twitter Spaces, yang seperti sedia maklum memang hadir dengan warna ungu cerun walaupun pada platform aplikasi mudah-alih.

Satu lagi siri ciapan daripada magusnn memperlihatkan pula bagaimanakan rupa ruang Spaces ini di platform web.

Rekaan antaramuka Twitter Spaces ini nampaknya khusus untuk Twitter Web, walaupun pada pendapat kami, pengguna Twitter rata-ratanya menggunakan Tweetdeck berbanding dengan Twitter Web untuk melayari garis masa platform media sosial tersebut.

Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah Twitter akan memperkenalkan fungsi Spaces untuk platform web mereka.

Rekaan Antaramuka Twitter Spaces Untuk Web Diperlihatkan – Amanz 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo