Infotainment

Remaja 16 Tahun Trauma Terpaksa Layan Nafsu Janda Gila, Diberi Ubat Kuat

Remaja 16 Tahun Trauma Terpaksa Layan Nafsu Janda Gila, Diberi Ubat Kuat
Remaja 16 Tahun Trauma Terpaksa Layan Nafsu Janda Gila, Diberi Ubat Kuat 1

Remaja 16 Tahun Trauma Terpaksa Layan Nafsu Janda Gila, Diberi Ubat Kuat

Foto: Tribun News

Malang nasib yang menimpa seorang remaja lelaki di Indonesia, R, 16, selepas dipercayai terpaksa melayan nafsu serakah seorang janda berulang kali. Apa yang lebih mengejutkan apabila wanita ini dipercayai memberi ubat kuat kepada mangsa dan perkara tersebut secara tidak langsung membuatkan dia menjadi trauma.

Nasib malang menimpa

Remaja 16 Tahun Trauma Terpaksa Layan Nafsu Janda Gila, Diberi Ubat Kuat 3

Foto: Tribun News

Memetik laporan Tribun News, insiden malang itu berlaku di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, Indonesia dan mangsa dilaporkan trauma dan terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Nunukan. Ujar Pengarah utama Hospital Nunukan, Dr Dulman, pihaknya telah menyediakan tiga doktor pakar bagi menangani masalah kesihatan remaja berkenaan yang menjadi mangsa keganasan seksual.

Mangsa dipercayai mengalami kemurungan yang serius berikutan ‘didera’ secara seksual berkali-kali. Bahkan mangsa kini memilih untuk menyendiri, termenung dan kadang-kala ketawa serta bercakap seorang diri.

Bila datang, dia mengadu gatal-gatal di bahagian kemaluan, takut kena penyakit kelamin. Semoga anak itu cepat sembuh. Kami prihatin dia masih bergelar pelajar, masa depannya masih panjang.

Bercerita lebih lanjut, SR didakwa menyuap mangsa dengan ubat kuat bagi melawan nafsu serakahnya di atas katil dan pihak polis masih menyiasat perkara itu.

Kenal di TikTok

Remaja 16 Tahun Trauma Terpaksa Layan Nafsu Janda Gila, Diberi Ubat Kuat 4

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan perkenalan antara mangsa dan janda berkenaan bermula menerusi aplikasi TikTok sebelum meneruskan perbualan di WhatsApp. Mangsa dilaporkan tinggal di asrama dan janda berkenaan sering kali ke sekolah mangsa dan mengaku R merupakan anak angkatnya.

Bukan itu sahaja, ibu kepada mangsa turut terkejut selepas mendapati telefon bimbit milik anakya mengandungi foto yang kurang sopan dipercayai milik SR.

Daripada cerita ibu mangsa, wanita itu sering menghantar gambar lucah kepada mangsa.

Bagaimanapun SR telah pun ditahan oleh pihak polis selepas menerima laporan daripada ibu mangsa

Sumber: Tribun News

Remaja 16 Tahun Trauma Terpaksa Layan Nafsu Janda Gila, Diberi Ubat Kuat 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list