Artikel Terkini

Rendam 3 Sekawan Je Nak Halau Lalat Atas Meja Masa Berbuka

Rendam 3 Sekawan Je Nak Halau Lalat Atas Meja Masa Berbuka
Rendam 3 Sekawan Je Nak Halau Lalat Atas Meja Masa Berbuka 1

Rimas walaupun seekor je lalat berterbangan. Inikan lagi kalau banyak. Betul tak? boleh spoil mood nak menjamu kalau kehadiran si serangga yang menjijikan ni kelihatan di meja saat menjamu selera. DI halau-halau tetap tak nak pergi.

Bila juadah berbuka terhidang, ni lah waktu terbaik si lalat menyerang. Khuatir sangat lalat bertelur pada makanan. Adakalanya, dah ditutup rapi pun, boleh terlepas masuk juga si lalat ni. Jadi, apa penyelesaiannya? takkan nak dibiarkan bebas berterbangan.

Baca juga: Pembasmi Semut Dan Lalat “Homemade” Guna Cuka Dan Sabun Pencuci

Sebenarnya, banyak petua dan cara untuk atasi masalah ni. Sama ada secara alami atau menggunakan bahan kimia. Tapi, sebaiknya anda gunakanlah kaedah yang lebih mesra alam dan mujarab seperti yang dilakukan oleh Marina Mar Mawar

Bahan-bahan:

Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih

Cara Buat :

Masukkan semua bahan ke dalam bekas kecil. Letakkan sedikit air. Letakkan di atas meja makan.Rendam 3 Sekawan Je Nak Halau Lalat Atas Meja Masa Berbuka 2 Rendam 3 Sekawan Je Nak Halau Lalat Atas Meja Masa Berbuka 4

“Dah ada yang mencuba petua ini..memang terbukti lalat menjauhi kawasan yang ada mangkuk tersebut….alhamdulillah

Boleh juga cuba semburan serangga organik ni. https://invol.co/cla5agyRendam 3 Sekawan Je Nak Halau Lalat Atas Meja Masa Berbuka 6

Petua ini dapat tahu waktu lepak di Cafe The Train kepunyaan Hilal Azman (pelakon) berdekatan KTM Taiping.”–Marina Mar Mawar

Selain petua yang dikongsikan ini, terdapat beberapa lagic ara yang boleh diamalkan untuk halau lalat ini tanpa menggunakan racun serangga. Nak tahu bagaimana jom semak.

1.Gunakan lilin

Nyalakan sebatang lilin di atas meja makan dan dengan cara ini lalat tidak akan hinggap pada makanan yang dihidang.

2.Hirisan cili

Ambil sebiji cili merah dan dihiris dua. Letakkan di dalam bekas, aroma cili yang pedas tidak digemari oleh lalat dan ini akan memberi kesan efektif untuk menghalau lalat.

3.Daun kari

Ambil beberapa helai daun kari dan letakkan di dalam bekas berisi air. Biarkan terdedah di atas meja makan. Cara ini dapat menghalau lalat kerana aroma daun kari yang kuat tidak disukai oleh lalat.

4.Plastik berisi air

Cara yang sering digunakan oleh peniaga untuk menghalau lalat dan boleh kita praktiskan di rumah juga. Sangat mudah, isikan plastik jernih dengan air dan kemudian masukkan beberapa keping syiling dan diikat kemas sebelum digantung. Dikatakan biasan air jernih itu akan mempengaruhi penglihatan lalat.

Rendam 3 Sekawan Je Nak Halau Lalat Atas Meja Masa Berbuka 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list