Infotainment

Rentas Negeri Nak Jumpa GF, Lelaki Cuba ‘Lari’ Elak Ditahan Sebelum Disahkan Positif Dadah

Rentas Negeri Nak Jumpa GF, Lelaki Cuba 'Lari' Elak Ditahan Sebelum Disahkan Positif Dadah 2

April 15th, 2021 | by Shira

Kini Trending

Rentas Negeri Nak Jumpa GF, Lelaki Cuba 'Lari' Elak Ditahan Sebelum Disahkan Positif Dadah 3

Foto: Astro Awani

Tindakan seorang lelaki merentas negeri hanya kerana mahu berjumpa kekasih hati akhirnya membawa padah apabila dia diberkas selepas dikejar polis di Jalan Persiaran Utama, Seremban, Negeri Sembilan.

Rentas Negeri Nak Jumpa GF, Lelaki Cuba 'Lari' Elak Ditahan Sebelum Disahkan Positif Dadah 5

Foto: Sinar Harian

Memetik laporan Sinar Harian, lelaki berusia 29 tahun itu telah memulakan perjalanannya dari Melaka ke Seremban hanya kerana mahu berjumpa kekasihnya di negeri tersebut. Bahkan, lelaki ini juga selamba bertindak sedemikian walaupun dia tidak mempunyai permit dan dokumen pergerakan yang sah untuk merentas negeri.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim, perbuatan itu hanya disedari oleh kereta peronda polis selepas terserempak dengan pasangan ini yang menaiki kenderaan jenis Hyundai berwarna hitam dalam keadaan yang mencurigakan.

Rentas Negeri Nak Jumpa GF, Lelaki Cuba 'Lari' Elak Ditahan Sebelum Disahkan Positif Dadah 7

Sekadar gambar hiasan

Anggota polis kemudian mengarahkan lelaki tersebut untuk memberhentikan kereta tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila suspek terus memecut kenderaannya. Berikutan daripada itu, anggota polis meminta bantuan tiga lagi kereta peronda untuk mengejar suspek.

Ketika cuba melarikan diri, pemandu itu turut melanggar lampu merah, membuat pusingan U tanpa kebenaran dan melanggar cermin sisi sebuah kereta lain. Kenderaannya akhirnya terbabas dan berjaya ditahan di Jalan Persiaran Utama S2/1 di sini.

Berdasarkan ujian air kencing, lelaki terbabit disahkan positif dadah jenis methamphetamine dan telah direman. Manakala teman wanitanya yang berusia 21 tahun direman sehari untuk membantu siasatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 342 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Sinar Harian


Rentas Negeri Nak Jumpa GF, Lelaki Cuba 'Lari' Elak Ditahan Sebelum Disahkan Positif Dadah 9

The following two tabs change content below.



Rentas Negeri Nak Jumpa GF, Lelaki Cuba 'Lari' Elak Ditahan Sebelum Disahkan Positif Dadah 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo