Infotainment

Resepi Pepes Ayam Yang Mudah & Sedap Sempena Berbuka Nanti!

Resepi Pepes Ayam Yang Mudah & Sedap Sempena Berbuka Nanti! 2

MyResipi

Resepi Pepes Ayam Yang Mudah & Sedap Sempena Berbuka Nanti! 3

Pepes atau pepes ayam ini merupakan hidangan yang berasal dari Jawa Barat, Indonesia. Ia dibungkus dalam daun pisang terlebih dahulu sebelum dibakar. Senang cerita, pepes ni lebih kurang macam otak-otak. Cuma bezanya, otak-otak dibuat menggunakan isi ikan dan kelapa parut sahaja.

Sempena bulan Ramadan ini, admin ingin berkongsi resepi pepes ayam yang sedap dan pasti buat korang ketagih nak lagi!

Resepi Pepes Ayam Yang Mudah & Sedap Sempena Berbuka Nanti! 5

  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu teh ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 5 tangkai cili kering
  • Sedikit halia
  • 1 Inci kunyit hidup
  • Sedikit daun kunyit hiris halus
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 kotak santan
  • 1 ketul kiub ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis.
  • 3 ketul dada ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji telur

Nota: Semua bahan diblender halus kecuali minyak untuk menumis

Resepi Pepes Ayam Yang Mudah & Sedap Sempena Berbuka Nanti! 7

Tumis bahan yang diblender sampai naik bau. Masukkan santan dan gaul sehingga rata. Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sampai bahan menjadi pekat.

Resepi Pepes Ayam Yang Mudah & Sedap Sempena Berbuka Nanti! 9

Langkah seterusnya, kisar telur dan isi dada ayam yang telah dipotong tadi. Tak perlu tambah air.

Resepi Pepes Ayam Yang Mudah & Sedap Sempena Berbuka Nanti! 11

Sejukkan dahulu bahan yang ditumis tadi. Kemudian, campurkan bahan yang ditumis bersama ayam dan gaul sehingga sebati.

Resepi Pepes Ayam Yang Mudah & Sedap Sempena Berbuka Nanti! 13

Sediakan daun Pisang.Potong lebih kurang 3×4 inci. Letak satu sudu makan adunan ayam dan lipat bahagian hujung. Steplerkan bahagian hujung supaya tak terbuka.

Resepi Pepes Ayam Yang Mudah & Sedap Sempena Berbuka Nanti! 15

Hasil yang telah dibungkus.

Resepi Pepes Ayam Yang Mudah & Sedap Sempena Berbuka Nanti! 17

Langkah selanjutnya, kukus dalam pengukus lebih kurang 10-15 minit. Dah siap boleh diangkat dan terus di bakar atau difozenkan. Pepes yang dah siap boleh dibakar di dalam pan atau oven.Bila warna dah coklat keperangan bolehlah di angkat.

Resepi Pepes Ayam Yang Mudah & Sedap Sempena Berbuka Nanti! 19

Nota: Buat korang yang tak ada daun pisang, korang boleh masukkan saja dalam loyang yang disapu dengan minyak. Kukus dalam loyang sampai masak. Dah siap baru potong dan bakar. Selamat mencuba!

Sumber: Rosmirah Yussof via Masak Apa Hari Ni


Resepi Pepes Ayam Yang Mudah & Sedap Sempena Berbuka Nanti! 21

The following two tabs change content below.

I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.



Resepi Pepes Ayam Yang Mudah & Sedap Sempena Berbuka Nanti! 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo