Infotainment

REV Media Group Ambil Alih IP Tantannews, Perkukuh Capaian Komuniti Berbahasa Cina

REV Media Group Ambil Alih IP Tantannews, Perkukuh Capaian Komuniti Berbahasa Cina
REV Media Group Ambil Alih IP Tantannews, Perkukuh Capaian Komuniti Berbahasa Cina 1

REV Media Group Ambil Alih IP Tantannews, Perkukuh Capaian Komuniti Berbahasa Cina

REV Media Group Sdn Bhd (REV Media) selaku penerbit digital terkemuka dan terbesar di Malaysia telah mengumumkan pengambilalihan sepenuhnya aset harta intelek (IP) dari portal berita sosial Cina iaitu Tantannews dari Monster Scape Sdn Bhd sebagai usaha untuk mengembangkan serta mengukuhkan lagi capaian mereka dalam komuniti berbahasa Cina secara atas talian.

REV Media yang merupakan anak syarikat Media Prima Berhad, telah mengambil alih domain laman web, selepas melihat kekukuhan platform digital Tantannews yang mempunyai lebih dari 7 juta pengguna dan 20 juta paparan halaman setiap bulan mampu untuk menyumbang kepada perniagaan digital REV Media serta strategi penyelesaian untuk para pengiklan.

Cepatkan pertumbuhan Rangkaian Cina

REV Media Group Ambil Alih IP Tantannews, Perkukuh Capaian Komuniti Berbahasa Cina 3

Tantannews merupakan portal berita sosial dan kandungan Cina yang telah dilancarkan pada 2013 memfokuskan kepada berita terkini dan juga kisah hiburan, pelancongan, fesyen dan gaya hidup. Melalui penambahan Tantannews sebagai media digital REV Media, ianya akan mencepatkan pertumbuhan Rangkaian Cina REV Media yang merangkumi jenama popular termasuk Viralcham, Rojaklah, 8TV dan 8FM.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group, Samuel Wee, pengambilalihan yang strategik dilakukan REV Media Group kerana terdapat peningkatan dalam permintaan untuk kandungan bahasa Cina dari audiens terutamanya bagi mereka yang gemar membaca kandungan berita.

Pengambil alihan Tantannews mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai penerbit digital terkemuka di seluruh kumpulan pasaran di Malaysia. Kami akan terus mencari lebih banyak pengambil alihan dan perkongsian untuk memacu pertumbuhan bagi REV Media Group.

Teruja Tantannews berada di bawah REV Media

REV Media Group Ambil Alih IP Tantannews, Perkukuh Capaian Komuniti Berbahasa Cina 4

Manakala Pengasas Tantannews, Sean Teoh berkata pihak mereka begitu teruja untuk melihat Tantannews terus berkembang di bawah naungan Sam dan juga REV Media. Tambahnya lagi, mereka di Monster Scape telah memutuskan untuk lebih fokus kepada teknologi yang boleh digunakan untuk membangunkan pelbagai jenis kandungan.

Bahagian pemasaran juga akan dinamakan semula sebagai Data & Co untuk fokus kepada pemasaran data, platform pemasaran omni-data dan kini berkhidmat kepada lebih dari seratus syarikat dan sedang mengembangkan perkhidmatan mereka untuk menjadi lebih data-driven.

REV Media Group Ambil Alih IP Tantannews, Perkukuh Capaian Komuniti Berbahasa Cina 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list