Artikel Terkini

Revolusi Dangerous, karya agung Madison Beer

Revolusi Dangerous, karya agung Madison Beer
Revolusi Dangerous, karya agung Madison Beer 1

PENYANYI muda berbakat besar, Madison Beer sekali lagi berjaya meletakkan diri menjadi pusat perhatian selepas meluncurkan sebuah single terkini berjudul Dangerous.

Menariknya, Madison menyuntik sedikit kelainan kali ini apabila meletakkan elemen klasik dengan iringan muzik orkestra. Semua itu dipaparkan jelas dalam video muzik rasmi Dangerous.

Ternyata, percaturan berani Madison menuai pujian yang melabelnya sebagai seorang pemuzik yang genius.

Masih bersadur kisah cinta, kekecewaan dan kesedihan, Dangerous bagaimanapun menurut Madison sendiri, jauh lebih matang, jujur dan pada masa sama bahaya.

“Ini semua tentang bagaimana kita menerima sesuatu situasi yang tak selalunya terjadi mengikut apa yang kita bayangkan.

“Lagu ini juga tentang bagaimana kita memainkan peranan dan tanggungjawab terhadap sesebuah perhubungan,” jelas Madison tentang Dangerous.

Merujuk kata-kata penyanyi itu, dapat dirungkaikan kenyataan tersebut menerusi barisan lirik yang menggambarkan betapa seseorang itu sedang bergelut dalam sebuah kisah cinta yang tidak mampu dirungkai.

‘I wonder if you think of me. I’m still putting up a fight. While you’re off and you’re forgetting me. Never got the chance to tell our story. A tale as old as time.’

Barisan lirik pada awal rangkap lagu mengisahkan seseorang yang sangat sukar keluar dari kisah cinta lamanya.

Jika dibandingkan dengan rekod lagu terdahulu seperti Reckless, khususnya menceritakan bagaimana dia selalunya menerima apa yang berlaku selepas hubungan cinta berakhir tetapi Dangerous pula sebaliknya.

Hal ini kerana, Dangerous melakar cerita bagaimana seseorang itu menerima takdir bahawa cinta tak seharusnya memiliki dan pada masa sama tidak meletakkan unsur kebencian buat bekas pasangan.

Genius, revolusi

Atas predikat tersebut, Dangerous disifatkan sebagai sebuah karya ‘berat’, beremosi tetapi cukup matang dalam penyampaian Madison.

“Ada ketikanya, saya berfikir, adakah saya (yang bersalah)? Atau mungkin juga saya tidak disayangi?

Saya rasa, kita semua ada melalui fasa-fasa itu.

“Saya sedar dan yakin yang saya tidaklah ‘bahaya’ untuk dicintai dan mencintai tetapi lagu ini tentang perasaan apabila kita berada dalam fasa itu,” katanya.

Sejak muncul dengan Dangerous, penyanyi berusia 23 tahun itu dihujani pujian kerana karya berkenaan disifatkan jauh berbeza berbanding lagu-lagu terdahulunya.

Apatah lagi, listrik vokal Madison jauh lebih menyerlah. Emosinya juga disalurkan ketara mengikut jalan cerita Dangerous.

Madison juga membuktikan, bermula sebagai seorang pesohor media sosial, orang sepertinya juga mampu melakukan revolusi menjadi seorang penyanyi berbakat jika disertakan dengan usaha bersungguh-sungguh.

Agak perlahan berbanding lagu Reckless yang jauh lebih pantas diterima ramai dan mencipta trending dalam media sosial, Dangerous buat masa ini bagaimanapun sekadar mengutip jumlah tontonan 2.1 juta dalam YouTube.

Jumlah tersebut nyata sedikit mengecewakan peminat kerana lagu sehebat Dangerous serta penyanyinya sendiri termasuk dalam senarai ‘underrated’.

 


Revolusi Dangerous, karya agung Madison Beer 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list