Berita

Rezeki kelah musim tengkujuh | Harian Metro

Rezeki kelah musim tengkujuh | Harian Metro 2

Pekan: “Rezeki apabila hanya selepas 30 minit melabuhkan pukat di Sungai Pahang, seekor ikan kelah seberat 2.6 kilogram tersangkut.

“Lebih bertuah lagi pada awal musim tengkujuh kali ini saya juga turut mendapat seekor ikan tamalian seberat dua kilogram,” kata nelayan darat Rahim Usani Husin, 53.

Dia yang menetap Kampung Pulau Rumput, dekat sini berkata ini kali pertama dia mendapat ikan kelah sebesar itu di Sungai Pahang yang terkenal dengan pelbagai spesies ikan sungai.

Menurutnya, dia turun ke sungai kira-kira 3 petang dan hanya selepas 30 minit menganyut pukat, ikan kelah berkenaan tersangkut bersama seekor lagi yang terlepas selepas beberapa meronta hingga menyebabkan pukat bergulung.

“Saya tidak menyangka ikan kelah yang tersangkut pada pukat kerana spesies berkenaan amat jarang ditemui di Sungai Pahang terutama daerah ini, namun semalam ia rezeki tidak diduga.

“Saya percaya ikan kelah berkenaan bergerak mengikut arus Sungai Pahang selepas hujan, ia mungkin bergerak secara berkumpulan,” katanya yang berpengalaman lebih 20 tahun sebagai nelayan darat.

Dia berkata, ikan kelah itu akan dihantar kepada seorang pembeli di Maran dengan harga yang dijanjikan RM250 sekilogram.

“Saya akan teruskan aktiviti menangkap ikan di Sungai Pahang dengan menggunakan pukat hanyut dalam usaha mendapatkan ikan bernilai tinggi dan harga memuaskan.

“Sebelum ini saya pernah mendapat ikan patin buah dengan jumlah yang banyak dalam satu masa menggunakan pukat,” katanya.

Rezeki kelah musim tengkujuh | Harian Metro 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo