Infotainment

Rezeki Semakin Mencurah, Juara Big Stage 2020 Azzam Shah Bakal Muncul Dalam Telefilem ‘Matilanak Pontianak’

Rezeki Semakin Mencurah, Juara Big Stage 2020 Azzam Shah Bakal Muncul Dalam Telefilem 'Matilanak Pontianak' 2

Juara program nyanyian Big Stage 2020, Azzam Shah mengakui dia kini sedang terlibat dalam bidang lakonan selain nyanyian. Menurut pemilik nama Muhammad Azzammudin Lop Hisham,23, ini, pengalaman berlakon dan menyanyi adalah dua cabaran yang sangat berbeza dalam karier seninya.

Rezeki Semakin Mencurah, Juara Big Stage 2020 Azzam Shah Bakal Muncul Dalam Telefilem 'Matilanak Pontianak' 3Kata Azzam lagi, jika berlakon dia perlu lebih tenaga kerana harus mendalami watak dengan lebih baik.

Jelasnya lagi, dia bakal bergandingan dengan rakan Big Stage-nya dahulu iaitu Usop dan Qody Rany dalam sebuah telefilem bertajuk Matilanak Pontianak.

“Bagi saya, nyanyian dengan lakonan memang sangat berbeza. Kalau berlakon ini agak mencabar sikit sebab perlu buat berulang kali. Selain itu saya kena mendalami watak dan paling penting tenaga perlu lebih. Untuk telefilem ini, memang mencabar sebab bergandingan dengan Usop dan Qody. Sebab personaliti mereka yang suka gurau dan tak serious tapi kami tak kekok. Pengarah juga banyak membantu,”

Menurut Azzam, dia masih lagi menjalani penggambaran telefilem tersebut dan dijadualkan akan didtayangkan pada 6 Disember nanti.

Dalam pada itu, juara program Idola Kecil tahun 2009 ini turut meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk berlakon lagi setelah sekian lama. Dia turut tidak menolak jika ditawarkan dengan lebih banyak rezeki untuk berlakon dan mengacara jika diberi peluang.

Sumber : mStar Online



Written by Intan


 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Rezeki Semakin Mencurah, Juara Big Stage 2020 Azzam Shah Bakal Muncul Dalam Telefilem 'Matilanak Pontianak' 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo