Infotainment

Riena Diana Syukur Impian Beli Kereta Pertama Tercapai

Riena Diana Syukur Impian Beli Kereta Pertama Tercapai
Riena Diana Syukur Impian Beli Kereta Pertama Tercapai 1

Pelakon Riena Diana gembira apabila impian untuk membeli kereta pertamanya selepas hampir tiga tahun menyimpan angan-angan tersebut.

Meluahkan rasa syukur apabila berjaya memiliki kereta jenama Mazda CX5, Riena berkata ianya adalah berkat usaha dan kerja kerasnya selama ini.

Riena Diana Syukur Impian Beli Kereta Pertama Tercapai 2

“Saya dah lama nak beli kereta sejak awal bergelar pelakon kira-kira lima tahun lalu, masa tu saya cuba buat loan macam-macam kereta termasuklah Myvi tapi tak lepas.

“Alhamdulillah tahun ini saya dah mampu beli kereta sendiri. Sebelum ini saya ada juga tengok beberapa jenama kereta lain, tapi setelah difikir-fikirkan kereta ini paling sesuai untuk kegunaan harian,” katanya.

Menurut Riena lagi, kereta tersebut adalah hadiah untuk dirinya sendiri sempena ulang tahun kelahirannya ke-24 yang disambut 3 September lalu.

“Belanja sikit hadiah hari jadi saya. Alhamdulillah di usia 24 tahun saya dapat capai satu pencapaian dalam hidup. Lain orang lain perjalanan hidup. Bukanlah mewah mana tapi sudah lebih menggembirakan. Lebih banyak akan datang InsyaAllah,” katanya.

Riena berkata, meskipun kereta dibelinya itu bukan jenama kereta impiannya namun dia tetap bersyukur kerana memiliki kenderaan yang boleh dijadikan pengangkutan untuk mencari rezeki.

“Kalau ikutkan kereta idaman saya ialah Range Rover. Tapi belum ada rezeki, dapat Mazda pun Alhamdulillah seronok sangat. Saya memilih ukur baju di badan sendiri.

“Sebelum ini saya pinjam Myvi pakcik saya, kalau nak cerita memang banyak kenangan dengan kereta itu. Setahun saya guna kereta yang tak ada aircond, dah baiki banyak kali pun tetap buat hal,” katanya.


Riena Diana Syukur Impian Beli Kereta Pertama Tercapai 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo