Berita

Rindu konti radio | Harian Metro

Rindu konti radio | Harian Metro 2

TARIKH 22 Oktober lalu menjadi detik bahagia buat pengacara, Hani Fadzil dan suami, Wan Faiz Wan Nor apabila dikurniakan cahaya mata sulung selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Bagi Hani atau nama sebenarnya, Intan Farhani Mohd Fadzil, 29, kehadiran bayi lelaki dinamakan Faris Salazar itu menceriakan lagi rumah tangga mereka, sekali gus teruja apabila memegang status ibu.

Berkongsi pengalamannya ketika melahirkan anak, bekas penyampai radio Era ini bersyukur segala urusan itu dipermudahkan.

Malah, dia tidak mengalami kesulitan langsung walaupun itu pengalaman pertama.

“Ada juga sedikit rasa gementar, tapi tidak sampai tidak dapat kawal diri. Proses bersalin pun berlaku dengan pantas dan tidak perlu menahan kesakitan selama berjam-jam. Ia pengalaman yang sangat bermakna menjadi ibu. Syukur untuk saya semuanya dipermudahkan dan selamat. Bayi pun dalam keadaan sihat,” katanya.

Kini menjalani tempoh berpantang, Hani juga berhati-hati dalam pelbagai aspek termasuk pemakanan. Bimbang dengan penularan Covid-19, dia memutuskan untuk tidak menerima tetamu melawat bayinya.

“Saya akan mengikut tempoh berpantang selama 44 hari itu. Rutin saya sekarang memang kena menjaga banyak perkara dan banyak perkara baharu saya pelajari setiap hari.

“Mujur suami (Faiz) banyak memudahkan kerja saya di rumah terutama menguruskan bayi. Saya juga menjaga pemakanan supaya tidak menjejaskan kesihatan diri mahupun bayi.

“Paling utama, saya terpaksa menolak permintaan tetamu untuk datang melawat berikutan situasi sekarang. Saya harap mereka tidak berkecil hati memandangkan ini semua demi keselamatan bersama terutama anak saya,” katanya.

TERUS meminati K-Pop walaupun sudah bergelar ibu.
TERUS meminati K-Pop walaupun sudah bergelar ibu.

Bercakap mengenai kariernya selepas ini, Hani mengakui rindu kembali bekerja di stesen radio selepas berhenti menjadi penyampai radio Era.

Menurutnya, dia kini mengintai peluang untuk kembali ke konti selepas bersedia bekerja semula nanti. Dia berhajat ingin mengembangkan lagi skop kerjayanya dalam bidang itu tanpa terhad sebagai penyampai sahaja.

“Jiwa saya terhadap bidang penyampaian radio masih kuat. Disebabkan itu, saya berharap dapat kembali ke konti tidak lama lagi bagi mengembangkan lagi kerjaya dalam bidang itu.

“Namun, kali ini saya tidak terlalu terhadkan diri menjadi penyampai radio semata-mata. Kalau kerja di belakang tabir, tapi masih penting seperti penerbit muzik atau kandungan pun lagi baik.

“Bagi saya, kepuasan sebenar dalam bidang ini adalah untuk menguasai pelbagai aspek baik depan atau belakang tabir. Saya inginkan ada transisi yang ketara dalam kerjaya saya,” katanya.

Sebelum berhenti dari stesen radio Era hujung tahun lalu, Hani dikenali menerusi program kendaliannya yang memfokuskan industri K-Pop.

Bahkan, namanya sudah tidak begitu asing dalam kalangan peminat K-Pop di Malaysia.

Walaupun sudah bergelar ibu, dia tidak merasakan ia menjadi penghalang untuknya meneruskan minat itu.

Menurutnya, dia masih terbuka untuk mengendalikan apa-apa juga program mengenai K-Pop selepas ini.

“Dari minat itu menjadikan kita ada kesungguhan menjayakan perkara disukai. Saya tidak melihat ia satu kesalahan untuk terus meminati K-Pop walaupun sudah bergelar ibu.

“Saya juga berharap akan dapat lebih banyak peluang besar berkaitan industri K-Pop selepas ini. Saya teruja untuk kembali terbabit dalam mana-mana program berkaitan K-Pop,” katanya.

Rindu konti radio | Harian Metro 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo