Infotainment

Risau Kes Harian COVID-19 Makin Meningkat, Farahdhiya Luah Hasrat Nak Terbang Ke London

Risau Kes Harian COVID-19 Makin Meningkat, Farahdhiya Luah Hasrat Nak Terbang Ke London 2

Pelakon dan penyanyi, Farahdhiya meluahkan hasrat hatinya yang ingin sangat ‘terbang’ ke London untuk bertemu ibunya kerana terlalu bimbang akan kes harian COVID-19 yang semakin meningkat dari hari ke hari di Malaysia.

Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin,37, berkata bahawa bonda kesayangannya itu ada meminta dia dan abangnya untuk berhijrah ke sana namun apakan daya kerana negara kita masih lagi menutup pintu sempadan bagi mengekang penularan wabak merbahaya ini.

Ujar pelakon drama popular Spa Q ini, ibunya itu terlalu risau akan keadaan Farahdhiya dan ada menyuruh untuk dia tinggal bersamanya di kota London.

“Ibu saya terlalu risau mengenai keadaan kami di sini hingga dia suruh tinggal bersamanya di sana buat masa ini sehingga keadaan reda. Alangkah baiknya jika hal itu mudah, nak terbang sekarang pun susah.”

Tambah penyanyi lagu Bertakhta Di Hati ini lagi, dia juga berasa kecewa dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang tidak mengambil berat dan mementingkan diri sendiri kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ayng telah ditetapkan kerajaan.

Kata Farahdhiya, dia juga berasa sedih apabila mendengarkan berita mangsa-mangsa yang terkorban akibat wabak ini meskipun tidak mempunyai pertalian darah dengan mereka.

“Saya juga susah untuk tidur malam apabila memikirkan perkara itu. Ya, mereka bukan bapa saya, bukan juga ibu saya, bukan adik-beradik saya atau ahli keluarga saya, tapi saya tetap rasa, saya tetap menangis sebab saya ada hati dan perasaan.” ujarnya lagi.

Dia dalam pada itu turut memohon orang ramai di luar sana agar sentiasa mematuhi SOP dan mengasihani para petugas barisan hadapan yang tidak henti-henti berkhidmat semenjak wabak pandemik ini menular dalam kalangan masyarakat kita.





PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Risau Kes Harian COVID-19 Makin Meningkat, Farahdhiya Luah Hasrat Nak Terbang Ke London 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo