Infotainment

RM324 Bilion ‘Hilang’ Setakat Tahun Ini, Mark Zuckerberg Terkeluar Daripada Senarai 10 Manusia Terkaya

RM324 Bilion ‘Hilang’ Setakat Tahun Ini, Mark Zuckerberg Terkeluar Daripada Senarai 10 Manusia Terkaya
RM324 Bilion 'Hilang' Setakat Tahun Ini, Mark Zuckerberg Terkeluar Daripada Senarai 10 Manusia Terkaya 1

Sebut mengenai Mark Zuckerberg pasti hampir seluruh penduduk dunia mengenalinya. Berjaya menjadi pengasas bersama serta CEO Facebook antara yang membuatkan beliau popular serta berada dalam kelompok manusia terkaya dunia.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, siapa sangka di sebalik penggunaan produk Meta yang meluas terdiri daripada Facebook, Instagram dan lain-lain lagi, Mark Zuckerberg juga tidak terlepas daripada ‘tergelincir’ daripada senarai 10 manusia terkaya dunia.

RM324 Bilion 'Hilang' Setakat Tahun Ini, Mark Zuckerberg Terkeluar Daripada Senarai 10 Manusia Terkaya 2
Sumber: the independent

Jika sekitar dua tahun lalu beliau berada dalam kelompok bersama Jeff Bezos dan Bill Gates, kini tidak lagi selepas beliau dilaporkan berada di tangga ke-20 dalam senarai manusia terkaya dunia.

Dilaporkan punca kejatuhan beliau dalam senarai manusia terkaya ini berikutan Mark Zuckerberg kehilangan nilai kekayaan sebanyak $71 bilion (~RM324 bilion) setakat tahun ini disebabkan kejatuhan harga saham.

Untuk pengetahuan, kerugian yang ditanggung sekaligus menjadi kerugian terbesar dalam senarai manusia terkaya dunia. Beliau juga terpaksa akur untuk berada pada kedudukan yang pernah diduduki beliau sekitar tahun 2014 lalu.

RM324 Bilion 'Hilang' Setakat Tahun Ini, Mark Zuckerberg Terkeluar Daripada Senarai 10 Manusia Terkaya 4
Sumber: The observer

Sebagai rekod, Mark Zuckerberg kini mempunyai nilai kekayaan sekitar $55.9 (~RM255.41 bilion) sekaligus membuatkan kerugian yang ditanggung pada tahun ini lebih besar daripada kekayaan semasa beliau.

Kehadiran aplikasi-aplikasi seperti TikTok antara yang menggugat produk serta platform yang dikelolakan. Sementara itu, Mark Zuckerberg juga turut memberi bayangan untuk memfokuskan kepada metaverse untuk kegunaan pengguna menjelang tahun 2025.


RM324 Bilion 'Hilang' Setakat Tahun Ini, Mark Zuckerberg Terkeluar Daripada Senarai 10 Manusia Terkaya 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list