Berita

Rossa tak ganti BCL dalam Indonesian Idol

Rossa tak ganti BCL dalam Indonesian Idol 2

Jakarta: Program realiti Indonesian Idol masih tersenarai sebagai program popular dalam kalangan peminat di negara itu.

Selepas Indonesian Idol musim ke-10 tamat, RCTI kembali dengan Indonesian Idol ‘special season’ yang menampilkan juri terdiri daripada Maia Estianty, Anang Hermansyah, Ari Lasso, Judika dan Datuk Seri Rossa.

Kehadiran Rossa dalam program yang mula bersiaran pada Isnin lalu menimbulkan spekulasi dia bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Bunga Citra Lestari (BCL).

Bagaimanapun, Rossa menafikan dia bakal menggantikan BCL.

“Saya tidak menggantikan dia. Mungkin ini ‘special season’ dan Bunga masih ingin berehat lebih lama di rumah, jadi saya boleh kembali semula sebagai juri,” katanya.

Rossa bukan kali pertama terbabit sebagai juri program ini, malah penyanyi yang baru tampil dengan single Masih ini turut terbabit pada peringkat awal proses pencarian bakat program itu.

Dia melihat tugasnya bukan sekadar satu pekerjaan tetapi berpeluang untuk menjadi saksi kepada bakat-bakat yang ada pada idola baru.

Rossa tak ganti BCL dalam Indonesian Idol 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo