Artikel Terkini

RUU warga emas dijangka dibentang 2024

RUU warga emas dijangka dibentang 2024
RUU warga emas dijangka dibentang 2024 1

Peruntukan bagi mereka yang mengabaikan ibu bapa yang sudah tua mungkin termasuk ke dalam akta, menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

RUU warga emas dijangka dibentang 2024
Jabatan Kebajikan menyediakan perkhidmatan percuma seperti Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ehsan untuk menjaga warga emas. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Rang undang-undang (RUU) warga emas dijadual dibentangkan di Parlimen pada 2024, kata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Timbalan menterinya, Aiman Athirah Sabu berkata, RUU itu dijangka dibentangkan untuk bacaan pertama tahun depan.

“Kementerian akan meneliti kesesuaian undang-undang untuk anak-anak yang tidak bertanggungjawab ke atas ibu bapa dalam akta tersebut bagi memastikan kesedaran masyarakat umum tentang kepentingan penjagaan warga emas terus meningkat,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) tentang sama ada kementerian bercadang menggubal undang-undang membolehkan pemotongan gaji mandatori bagi anak yang menghantar ibu bapa ke rumah orang tua.

Aiman berkata, kementerian mengalu-alukan cadangan itu, khususnya bagi anak-anak yang mampu tetapi gagal menjalankan tanggungjawab menjaga ibu bapa.

Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak berkemampuan, Jabatan Kebajikan bawah kementerian menyediakan perkhidmatan percuma seperti Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ehsan.

Pada Oktober 2021, Bernama melaporkan RUU Warga Emas dijadual dibentangkan di Parlimen pada 2022.

RUU warga emas dijangka dibentang 2024 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo