Berita

Sabah catat kes Covid-19 paling rendah sejak Oktober lalu

Sabah catat kes Covid-19 paling rendah sejak Oktober lalu 2

Kota Kinabalu: Kes positif Covid-19 di Sabah hari ini terus mengalami penurunan dan mencatatkan jumlah kes paling rendah setakat ini dengan merekodkan 101 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, jumlah kes itu paling rendah direkodkan sejak 1 Oktober lalu.

“Selepas tarikh itu, penularan kes Covid-19 di Sabah terus merekodkan peningkatan melepasi jumlah 100 kes sehari.

“Kemuncak jangkitan pandemik ini ialah pada 6 November lalu apabila 1,199 kes dicatatkan,” katanya dalam kenyataan media perkembangan Covid-19 di Sabah, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri mengharapkan bilangan kes di negeri itu terus mencatatkan penurunan selepas ini dan diharapkan rakyat Sabah dapat mematuhi arahan semasa dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

“Tidak mustahil kita akan mencapai sifar Covid-19 sekiranya rakyat dapat mengekalkan amalan norma baharu dalam kehidupan seharian sebagaimana yang diamalkan sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi turut menjelaskan, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), 101 kes yang dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 51,216 kes dengan satu kematian direkodkan di Kalabakan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Sabah catat kes Covid-19 paling rendah sejak Oktober lalu 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo