Artikel Terkini

Sabah ikat Sri Pahang, Selangor tewaskan Penang

Sabah ikat Sri Pahang, Selangor tewaskan Penang
Sabah ikat Sri Pahang, Selangor tewaskan Penang 1

KUALA LUMPUR – Sabah FC dan Sri Pahang FC masing-masing akur berkongsi satu mata selepas terikat 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur di Kuantan, malam ini.

Sebaik sepak mula kedua-dua pasukan tampak berhati-hati dalam mengatur gerak dengan pelbagai cubaan bagi memecah kebuntuan gol.

Pada minit ke-14, Sabah mendahului 1-0 menerusi Daniel Ting yang menanduk kencang bola ke dalam gawang lawan selepas menyambut hantaran cantik Ko Kwang Min.

Sri Pahang bingkas bangkit menyamakan kedudukan menerusi Kpah Sherman pada minit ke-25 yang merembat kencang bola menewaskan penjaga gol Sabah, Damien Lim Chien Khai.

Babak kedua perlawanan, kedua-dua pasukan cuba menokok jaringan dalam usaha mengutip tiga mata berharga namun ianya berakhir dengan kebuntuan dan keputusan itu kekal sehingga wisel penamat ditiup.

Sementara itu, Perak FC meraih kemenangan sulung mereka selepas mengharungi empat perlawanan liga apabila menewaskan Kuching City FC 2-0 di Stadium Perak di Ipoh.

Memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri, Perak mendahului menerusi jaringan pemain import Korea Selatan, Seo Seonung pada minit ke-41 sebelum beliau menggandakan jaringan itu pada minit ke-58.

Dalam pada itu, Penang FC tewas di tangan Selangor FC 1-2 pada aksi sebelah petang di Stadium Bandaraya di George Town.

Sabah ikat Sri Pahang, Selangor tewaskan Penang 2
Foto: Selangor FC

Selangor dikendalikan Tan Cheng Hoe membuka jaringan menerusi pemain import Colombia, Ayron del Valle pada minit ke-27 sebelum pemain import Jordan, Noor Al-Rawabdeh menyumbang gol kedua pasukan pada minit ke-89.

Gol tunggal skuad Harimau Kumbang pula dijaringkan Rafael Vitor pada minit ke-87. – Bernama

Sabah ikat Sri Pahang, Selangor tewaskan Penang 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo