Infotainment

“Sajat Mengaku Tak Sempurna, Tapi Ramai Hentam & Menghina”

“Sajat Mengaku Tak Sempurna, Tapi Ramai Hentam & Menghina”
"Sajat Mengaku Tak Sempurna, Tapi Ramai Hentam & Menghina" 1

Dikecam teruk oleh netizen susulan temu bual bersama Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, pelawak Harith Iskander menegaskan dia tidak menyebelahi mana-mana pihak berhubung isu berkaitan usahawan sensasi itu.

Menerusi satu entri di Facebook, Harith turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menghentam Sajat sebaliknya dengar penjelasan daripadanya terlebih dahulu. Ujarnya, ramai yang bertindak menghentam seolah merasakan diri mereka sempurna.

BACA: Sajat Akhirnya Mengaku Transgender

“Pada akhirnya kita tidak kenal seseorang itu sehingga kita dengar sendiri daripada mereka. Seperti yang saya cakap pada malam tadi (kelmarin), Sajat hanyalah seorang manusia.

“Dia juga mengaku tidak sempurna tetapi ramai yang menghentam dan menghinanya dalam media sosial seolah-olah merasakan diri mereka lebih sempurna,” katanya.

Menurut Harith, segmen bual bicara What Going On Malaysia adalah untuk memberi peluang kepada mana-mana individu untuk menyuarakan pendapat mereka tentang apa sahaja isu.

“Saya di sini bukan untuk menyebelahi atau menghukum Sajat dan orang lain. Rancangan ini ialah platform peribadi saya untuk berbicara dan mendengar pandangan mereka.

“Anda tidak perlu percaya atau suka dengan setiap perkara yang dia ceritakan tetapi sekurang-kurangnya kita mendengar daripada mulutnya sendiri.

“Janganlah kita memburukkan lagi keadaan dengan menghentam dan menjadi individu ‘buat-buat tahu’ dalam apa sahaja isu,” ujarnya.

Terdahulu, menerusi bual bicara itu, Sajat mengakui dirinya seorang transgender. Sajat memaklumkan dia berada di Australia sejak 18 Oktober lalu dan nekad untuk memulakan kehidupan baru di sana sebagai ‘transwoman’.


"Sajat Mengaku Tak Sempurna, Tapi Ramai Hentam & Menghina" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo