Infotainment

Sakit Kepala & Muntah-Muntah, Suami Syak Yana Samsudin Hamil Anak Ketiga

Sakit Kepala & Muntah-Muntah, Suami Syak Yana Samsudin Hamil Anak Ketiga
Sakit Kepala & Muntah-Muntah, Suami Syak Yana Samsudin Hamil Anak Ketiga 1

Pelakon Yana Samsudin dibawa ke sebuah pusat perubatan jam 1 pagi tadi berikutan mengalami sakit kepala dan muntah-muntah selepas sesi live di Facebook.

Suaminya, Fadzil Zahari berkata doktor tidak memberitahu puncanya namun isterinya diberikan suntikan bagi menghentikan muntah.

BACA: Fadzil Zahari Tiada Niat Persenda ATM, Polis

“Dia mula sakit kepala sejak petang semalam… tapi ingatkan biasa saja sebab kadang-kadang ada juga sakit kepala. Tapi bila dah malam, tengah buat FB live, dia mula muntah-muntah. Saya ingat biasa saja, buat lawak ucap tahniah dah pregnant.

“Tapi lama-kelamaan, tengok muka dia lemah dan penat, habis live dia terus terlelap. Pukul 1 pagi, saya bawa dia pergi hospital. Doktor pun tak dapat kesan dia sakit apa. Hanya bagi suntikan untuk hilangkan rasa nak muntah.

“Kemungkinan perut masuk angin… nak kata keracunan makanan, tak juga sebab ada dua orang makan makanan yang sama tapi tak ada apa pun,” katanya.

Kata Fadzil lagi, dia tidak mengetahui sama ada isterinya itu berbadan dua atau tidak kerana belum lagi membuat sebarang pemeriksaan.

“Buat masa sekarang Yana masih berehat di rumah. Nak kata dia pregnant tu, saya pun tak tahu. Masa live tu, saya saja berseloroh ucap tahniah dia pregnant.

“Kami belum lagi buat pemeriksaan dia hamil atau tidak. Apa-apa pun, doakan la… mana tahu ada rezeki kami untuk dikurniakan anak lagi,” kongsinya.

Yana dan Fadzil mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Aisy Mateen, 5 dan Aura Aisy Sofea kini berusia dua tahun.


Sakit Kepala & Muntah-Muntah, Suami Syak Yana Samsudin Hamil Anak Ketiga 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo