Infotainment

Salah Jalan Dan Tidak Mahu Mengalah, Netizen Geleng Kepala Dengar Respons Pemandu Viva

Salah Jalan Dan Tidak Mahu Mengalah, Netizen Geleng Kepala Dengar Respons Pemandu Viva
Salah Jalan Dan Tidak Mahu Mengalah, Netizen Geleng Kepala Dengar Respons Pemandu Viva 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Baru-baru ini orang ramai saling berkongsi video rakaman dashcam di mana seorang wanita memandu Perodua Viva memaki hamun salah seorang pelanggan Tesco yang ingin keluar dari pasar raya tersebut.

Kejadian yang berlaku pada pukul 1.19 petang itu menunjukkan pemilik dashcam dalam perjalanan keluar dari pasar raya Tesco di Stesen 18, Ipoh. Dalam perjalanan pemandu lelaki ini menuju ke persimpangan keluar, ada sebuah Perodua Myvi terlebih dahulu meluru masuk ke kawasan Tesco menggunakan arah berlawanan.

Apabila pemilik dashcam mahu menghampiri simpang keluar tersebut, tiba-tiba ada sebuah Perodua Viva turut mahu menggunakan arah berlawanan dan tidak mahu mengalah enggan memberikan laluan kepada pemilik dashcam tersebut.

Oleh sebab itu pemandu lelaki membuat keputusan untuk turun dari keretanya dan memaklumkan kepada pemandu Viva bahawa laluan tersebut hanya satu hala, di mana semua pelanggan perlu membelok ke kiri apabila masuk ke kawasan parkir pasar raya tersebut.

Setelah pemandu Viva menyedari tindakannya itu tidak akan memenangkannya, pemandu Viva mengundurkan kenderaan dan berhenti seketika di hadapan kenderaan pemilik dashcam tersebut sambil membuka tingkap dan mengeluarkan kata makian –

“Bodoh macam lembu,” maki pemandu wanita tersebut kepada pemilik dashcam.

Rakaman video dashcam yang tular itu telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata mengecam tindakan serta makian yang keluar daripada mulut wanita terbabit.

Salah Jalan Dan Tidak Mahu Mengalah, Netizen Geleng Kepala Dengar Respons Pemandu Viva 2

Sumber Gambar: Facebook Khaja Nazimudeen Yaacop

Salah Jalan Dan Tidak Mahu Mengalah, Netizen Geleng Kepala Dengar Respons Pemandu Viva 4

Sumber Gambar: Facebook Khaja Nazimudeen Yaacop

Tambah orang ramai lagi, mereka mendakwa pemandu wanita tersebut enggan mengalah disebabkan wanita itu merupakan penduduk kawasan setempat yang sudah biasa melakukan ‘kesalahan’ tersebut.

Namun pada hari itu bukan hari yang baik buatnya apabila bertemu dengan orang yang mampu menegur ‘kesalahannya’ itu. Oleh sebab itu pemandu wanita tersebut tidak segan-silu mengeluarkan makian oleh kerana sikap ego sendiri.

Tindakan sekumpulan penunggang kuda di kawasan Drive-Thru McDonalds telah meraih pelbagai kritikan daripada orang ramai. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

‘Geng Kuda’ Tinggalkan Najis Di Drive-Thru McDonalds Raih Kecaman Netizen

‘Diekori’ Rapat Kereta Tidak Dikenali, Perkongsian Detik Cemas Wanita Ini Raih Perhatian Netizen

Bonggol Institut Memandu Terlalu Tinggi, Jurulatih Luah Kerisauan Terhadap Keselamatan Pelajar


Salah Jalan Dan Tidak Mahu Mengalah, Netizen Geleng Kepala Dengar Respons Pemandu Viva 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo