Infotainment

Salur peruntukan batal sambutan tahun baharu kepada mangsa banjir

Salur peruntukan batal sambutan tahun baharu kepada mangsa banjir
Salur peruntukan batal sambutan tahun baharu kepada mangsa banjir 1

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan membentangkan cadangan kepada Kabinet untuk menggunakan peruntukan pembatalan penganjuran Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, ini termasuk peruntukan penganjuran majlis besar-besaran serta pembelian pakaian baharu bagi sesuatu majlis untuk mengelak pembaziran perbelanjaan.

Menurut beliau, selain disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir, peruntukan tersebut boleh diagihkan kepada pemain-pemain industri pelancongan seperti pengusaha kraftangan dan tekstil yang terjejas akibat bencana.

“Sedia maklum pemain-pemain industri pelancongan turut terjejas akibat bencana banjir apabila banyak barangan dan premis perniagaan mereka rosak.

“Kementerian akan membantu sedaya upaya bagi memastikan pemain industri yang turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan kumpulan penting dalam mempromosikan Malaysia di mata dunia ini dapat kembali bangkit pasca-banjir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyarankan agensi kerajaan menghentikan penganjuran majlis besar-besaran serta pembelian pakaian baharu bagi sesuatu majlis termasuk membatalkan penganjuran sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 di Dataran Merdeka yang dijadualkan pada 31 Disember ini.

King Sing berkata, keputusan ini dibuat tepat pada masanya dan merupakan tindakan terpuji, lebih-lebih lagi di saat negara berdepan peristiwa duka susulan kejadian banjir yang berlaku di Pantai Timur serta tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor yang mengorbankan banyak nyawa termasuk kanak-kanak. – UTUSAN


Salur peruntukan batal sambutan tahun baharu kepada mangsa banjir 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo