Infotainment

Sambut Hari Lahir Bertiga, Netizen Kagum Sikap Profesional Shakilla Khoriri & Fizi Ali – ‘Semoga Keluarga Ini Bersatu Kembali’

Sambut Hari Lahir Bertiga, Netizen Kagum Sikap Profesional Shakilla Khoriri & Fizi Ali – ‘Semoga Keluarga Ini Bersatu Kembali’
Sambut Hari Lahir Bertiga, Netizen Kagum Sikap Profesional Shakilla Khoriri & Fizi Ali – 'Semoga Keluarga Ini Bersatu Kembali' 1

Kini Trending

Sambut Hari Lahir Bertiga, Netizen Kagum Sikap Profesional Shakilla Khoriri & Fizi Ali – ‘Semoga Keluarga Ini Bersatu Kembali’

Pelakon Shakilla Khoriri dan penyampai radio Fizi Ali bersepakat menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuan mereka, Ameena Sofia yang ketiga pada Isnin.

Artikel Berkaitan: Fizi Ali Dituduh Cepat ‘Move On’, Gadis TikTok Dikait Jadi Punca Keretakan Rumah Tangga – ‘Netizen Tak Tau Cerita Sebenar Terus Main Tuduh’

Artikel Berkaitan: Sebak Tak Dapat Sambut Hari Jadi Anak, Fizi Ali Hantar Hadiah Ameena Dekat ‘Guard House’

Sambut Hari Lahir Bertiga, Netizen Kagum Sikap Profesional Shakilla Khoriri & Fizi Ali – 'Semoga Keluarga Ini Bersatu Kembali' 4

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Shakilla, 32, mendedikasikan ucapan khas untuk anak tercinta. Kata pelakon drama Adam dan Hawa, dia gembira melihat senyuman yang terukir pada Ameena apabila mereka bersama meraikan hari bahagia itu.

Sama seperti ibu yang lain, Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri berdoa agar puteri tunggalnya itu menjadi anak solehah serta sentiasa berbuat baik dengan orang ramai.

Lain sikit tahun ini tapi saya janji saya akan buat awak gembira bukan pada hari ini tapi setiap hari setiap saat sebab awak nyawa saya. Majlis hari lahir awak sepatutnya saya akan jemput semua kawan awak tapi cancel sebab Allah nak bagi kita sambut bertiga.

Sebab tu Allah bagi kita sakit sikit. Tapi saya tahu awak gembira sebab memang awak nak tengok dua-dua (umi & daddy) kan.

Semoga awak kuat dan semoga jadi manusia yang baik. Baik dari dalam dan luar. Jadi manusia yang ramai orang sayang. Ramai orang akan ikut kebaikan yang awak tunjukkan. Insya-Allah. Awak anak solehah dan anak yang akan buat umi dan daddy bangga nanti.

Sambut Hari Lahir Bertiga, Netizen Kagum Sikap Profesional Shakilla Khoriri & Fizi Ali – 'Semoga Keluarga Ini Bersatu Kembali' 6

Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji dengan sikap profesional Shakilla dan Fizi demi kebahagiaan anak. Ada juga yang terharu melihat keseronokkan Ameena selain mendoakan agar pasangan ini kembali berjodohan.

@iera_holla: Gembiranya bila gambar kedua, tengok Fizi ada sekali. Moga jodoh korang berdua akan bercamtum balik. Doa sangat, nak macam dulu balik.

@yaniyzkhalid: Alhamdulillah. Masuk habuk pula mata ni, jadi gembira tengok Ameena sebab Mimi dengan Daddy ada masa birthday dia. Betul la tu tak ada apa yang anak kecil tu nak selain mak dan ayah dia ada masa hari gembira dia.

@n.eykaaa_: Happy birthday Ameena, semoga keluarga ini bersatu kembali amin.

@akrimymaswa: Kenapa air mata saya keluar? Moga kembali bersama.

@cikdirah: Happy family. Allah letakkan kekurangan dan kelebihan dalam diri masing-masing untuk saling melengkapi. Ya Allah. Kau lengkapkan lah kembali keluarga ini, agar anak kecil itu dapat kasih sayang yang berterusan dari ayah dan ibunya. Amin.

Sebelum ini, Fizi meluahkan rasa sebak kerana tidak dapat bersama-sama menyambut ulang tahun kelahiran kerana dituduh menjadi punca Ameena terkena jangkitan virus merbahaya itu.

Sekadar info, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 namun hubungan terlerai selepas bercerai pada 15 Disember tahun lalu. Hasil perkongsian itu, mereka dikurniakan Ameena Sofia.

Sumber: Instagram @shakillakhoriri


Sambut Hari Lahir Bertiga, Netizen Kagum Sikap Profesional Shakilla Khoriri & Fizi Ali – 'Semoga Keluarga Ini Bersatu Kembali' 8

The following two tabs change content below.


Sambut Hari Lahir Bertiga, Netizen Kagum Sikap Profesional Shakilla Khoriri & Fizi Ali – 'Semoga Keluarga Ini Bersatu Kembali' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list