Artikel Terkini

Sampah melonggok, kerajaan negeri Terengganu janji selesaikan

Sampah melonggok, kerajaan negeri Terengganu janji selesaikan
Sampah melonggok, kerajaan negeri Terengganu janji selesaikan 1

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu berjanji untuk menyelesaikan segera masalah longgokan sampah pasca banjir yang berlaku di kebanyakan kawasan bencana.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan, kelewatan kutipan sampah berlaku berikutan pusat pelupusan sampah utama yang terletak di Kampung Sungai Ikan, Kuala Nerus turut ditenggelami air baru-baru ini.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat kontraktor berkaitan telah diarah meningkatkan tempoh waktu operasi bagi menyelesaikan isu tersebut.

“Kita sedar masalah longgokan sampah ini menjadi perkara yang kurang menyenangkan terutama kepada penduduk terjejas dengan banjir.

“Perkara itu berpunca tempat pembuangan sampah ditenggelami air serta lori-lori sampah tidak dapat memasukinya kerana jalan terputus.

“Memandangkan cuaca kembali reda pada hari ini pihak berkenaan telah menggandakan operasi mengutip sampah. Insya-Allah selesai beberapa hari lagi,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, ramai mangsa banjir di seluruh Terengganu merungut kehidupan mereka terganggu dengan longgokkan sampah yang sudah lama tidak dikutip.

Ia diburukkan lagi apabila tambahan barangan rosak akibat banjir yang turut dipaksa dibuang di kawasan pembuangan awam di setiap kawasan terjejas terbabit. – KOSMO! ONLINE


Sampah melonggok, kerajaan negeri Terengganu janji selesaikan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo