Infotainment

Sampai Mimpi Jumpa Tangmo, Ustaz Elyas Tegur Netizen

Sampai Mimpi Jumpa Tangmo, Ustaz Elyas Tegur Netizen
Sampai Mimpi Jumpa Tangmo, Ustaz Elyas Tegur Netizen 1

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai ke kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida yang menjadi bualan hangat di media sosial.

Bukan sahaja menjadi perhatian di Thailand, malah netizen Malaysia turut mengikuti rapat perkembangan kes tersebut.

Susulan kes itu, pendakwah dan penceramah televisyen tanah air, Ustaz Elyas Ismail mendedahkan dia ada menerima mesej daripada netizen yang bermimpi tentang Tangmo.

@ustazelyasismail

Mimpi tangmonida? Apa maksudnya? #fyp #foryourpage #fyp? #tangmonida #tangmo

? Emotional Piano for the Soul (Inspirational Background Music) – Fearless Motivation Instrumentals

Menerusi video di kongsikan di aplikasi TikTok, Ustaz Elyas berkata mimpi itu berkemungkinan disebabkan terlalu banyak berfikir atau mengikuti kes tersebut.

“Baru-baru ini ada orang berkongsi tentang dia mimpi Tangmo Nida iaitu artis terkenal di Thailand yang mati dalam kes yang sangat menyayat hati dan mengejutkan.

“Bagi kita orang Islam, kalau mimpi macam itu, kita jangan keterlaluan sangat nak takut, bimbang. Mungkin boleh jadi sebab kita banyak fikir, baca dan ikuti perkembangan kes tersebut. Maka, itu boleh menyebabkan kita mimpi,” katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Elyas turut menegaskan kepada mereka yang beragamaa Islam supaya tidak mengucapkan ‘Rest in Peace’ kepada seorang yang bukan Islam kerana ianya seperti doa.

“Bagi saya, jika kematian melibatkan orang bukan Islam, seminat mana kita suka lakonan dan sayang dia, sama sekali kita tak boleh ucapkan RIP.

“RIP itu macam doa, kita orang Islam tak boleh. Sekadar bersimpati, berdukacita atas apa yang berlaku, itu boleh. Moga kita dapat manfaat dan belajar sesuatu,” katanya.


Sampai Mimpi Jumpa Tangmo, Ustaz Elyas Tegur Netizen 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo