Infotainment

Sanggup Tinggalkan Anak Bercuti Dengan Kekasih, Kanak-Kanak 3 Tahun Meninggal Dunia Seminggu Tak Makan

Sanggup Tinggalkan Anak Bercuti Dengan Kekasih, Kanak-Kanak 3 Tahun Meninggal Dunia Seminggu Tak Makan
Sanggup Tinggalkan Anak Bercuti Dengan Kekasih, Kanak-Kanak 3 Tahun Meninggal Dunia Seminggu Tak Makan 1

Kini Trending

Sanggup Tinggalkan Anak Bercuti Dengan Kekasih, Kanak-Kanak 3 Tahun Meninggal Dunia Seminggu Tak Makan 2

Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita di Tokyo dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun oleh Mahkamah Daerah Tokyo gara-gara sanggup mengabaikan anak perempuannya yang berusia tiga tahun sehingga menyebabkan kanak-kanak malang itu meninggal dunia.

Sanggup Tinggalkan Anak Bercuti Dengan Kekasih, Kanak-Kanak 3 Tahun Meninggal Dunia Seminggu Tak Makan 4

Menerusi laporan Japan Today, pihak mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap wanita berkenaan yang dikenali sebagai Saki Kakehashi selepas dia mengaku bersalah kerana meninggalkan mangsa bersendirian di rumah selama seminggu pada 2020.

Apa yang lebih mengejutkan, wanita tersebut dikatakan hanya meninggalkan teh dan gula-gula untuk anak perempuannya, Noa kerana ingin menghabiskan masa bersama teman lelakinya di bandar Kagoshima selama seminggu dan menganggap anaknya itu berada dalam keadaan baik.

Sekembalinya daripada percutian bersama kekasihnya itu, Kakehashi terkejut melihat anaknya sudah tidak bernafas dan terus membuat panggilan kecemasan.

Walau bagaimanapun, anak perempuannya itu disahkan meninggal dunia akibat dehidrasi dan kelaparan sehingga perut mangsa dikatakan hampir kosong. Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat ruam di bahagian punggung Noa kerana lampin yang dipakai olehnya terlalu lama tidak ditukar.

Sanggup Tinggalkan Anak Bercuti Dengan Kekasih, Kanak-Kanak 3 Tahun Meninggal Dunia Seminggu Tak Makan 6

Namun, pendakwa raya mendakwa bahawa Kakehashi cuba untuk menyembunyikan apa yang berlaku dengan menyapu ubat pada ruam Noa dan menukar lampin baru sebelum dia membuat panggilan kecemasan.

Dalam pada itu, pendakwa raya menyatakan bahawa wanita berkenaan menyekat anaknya itu di ruang tamu dengan sofa dan menghalang laluan ke pintu dapur. Bagaimanapun, Kakehashi menyatakan bahawa dia ingin mengelakkan Noa daripada mencederakan dirinya sendiri dengan peralatan yang ada di dapur.

Difahamkan, kanak-kanak berusia tiga tahun itu tidak dihantar ke rumah pengasuh selama lebih setahun dan mereka hanya tinggal berdua selepas wanita berkenaan bercerai dengan bapa Noa pada 2016.

Sumber : Japan Today


Sanggup Tinggalkan Anak Bercuti Dengan Kekasih, Kanak-Kanak 3 Tahun Meninggal Dunia Seminggu Tak Makan 8

The following two tabs change content below.


Sanggup Tinggalkan Anak Bercuti Dengan Kekasih, Kanak-Kanak 3 Tahun Meninggal Dunia Seminggu Tak Makan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list