Infotainment

“Sarah Belum Divaksin, Paru-Paru Penuh Dengan Virus Covid-19”

“Sarah Belum Divaksin, Paru-Paru Penuh Dengan Virus Covid-19”
"Sarah Belum Divaksin, Paru-Paru Penuh Dengan Virus Covid-19" 1

Menerusi IG Live petang tadi, Shuib berkata keluarganya positif Covid-19 bermula dengan pembantu rumah mereka yang terlebih dahulu dijangkiti wabak tersebut.

Shuib juga memaklumkan arwah isterinya belum menerima suntikan vaksin dan doktor memberitahu paru-paru Siti Sarah dipenuhi dengan Covid-19 sehingga menjejaskan organ lain.

BACA: “Banyak Kebaikan Dibuat Siti Sarah Dalam Senyap, Duit Bulanan Diguna Untuk Sedekah”

Dalam perkongsian itu, Shuib juga berkata ada seorang petugas kesihatan memberi pesanan kepadanya berkenaan dengan vaksin ketika dia di hospital untuk melakukan pengecaman mayat.

Shuib turut berpesan kepada orang ramai supaya mengambil vaksin kerana ia mampu memberi pelindungan daripada wabak tersebut. Ujarnya, jika banyak wang sekalipun tiada guna jika diserang Covid-19.

“Mereka menasihati ambillah vaksin. Kita semua kena jaga kesihatan, jaga SOP dan jangan hendak ke sana sini. Bagi yang ada duit lebih, melaburlah untuk beli vitamin.

“Hospital swasta semua penuh. Ketika tu duit banyak pun tak guna…isteri saya tak akan kembali,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib turut menekankan untuk menjaga kesihatan dan mendapatkan oximeter oksigen bagi memastikan oksigen dalam badan tidak menurun.

Ujarnya, kealpaannya serta mengambil ringan tentang bacaan oksigen Sarah ketika kuarantin dirumah membuatkan dia kehilangan bidadarinya itu buat selamanya.


"Sarah Belum Divaksin, Paru-Paru Penuh Dengan Virus Covid-19" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo