Berita

Saran belia, siswazah jadi usahawan tani

Saran belia, siswazah jadi usahawan tani 1

Saran belia, siswazah jadi usahawan tani 2

KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) menyarankan agar lebih ramai belia dan siswazah yang menganggur menjadi usahawan tani.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihaknya bersedia memberi tunjuk ajar kepada golongan itu untuk menjadi petani moden.

Beliau berkata, langkah itu juga dapat membantu negara menangani masalah berkaitan pengangguran dan keselamatan makanan.

Katanya, Malaysia terlalu bergantung pada produk berasaskan pertanian yang diimport dan sudah tiba masanya untuk lebih ramai rakyat Malaysia membabitkan diri dalam ekosistem sektor pengeluaran makanan.

“Pada 2019, dilaporkan jumlah import pertanian Malaysia kira-kira AS$18.3 bilion (RM74.31 bilion), apabila kira-kira tujuh peratus bersumber dari Amerika Syarikat.

“Isu kartel daging baru-baru ini patut menjadi membuka minda mengenai perlunya rakyat Malaysia supaya terbabit dalam pengeluaran makanan terutama makanan halal.

“Kami mahu lebih ramai belia dan siswazah menganggur menjadi pengusaha pertanian. Mereka perlu ubah fikiran mereka dan jangan hanya fokus untuk makan gaji.

“Mereka perlu meninjau potensi perniagaan yang sangat besar di sektor pengeluaran makanan,” katanya.

Menurutnya, Medac melalui agensi seperti Tekun Nasional dan SME Corp, tampil dengan pelbagai program dan insentif bertujuan menghasilkan lebih banyak usahawan tani.

Menurutnya, Medac turut bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) untuk terus maju dalam sektor pengeluaran makanan negara melalui pertanian moden.

Saran belia, siswazah jadi usahawan tani 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo