Berita

Sasar lebih ramai peniaga | Harian Metro

Sasar lebih ramai peniaga | Harian Metro 2

Melaka: Syarikat penghantar barang, makanan dan logistik, Tapaw Group Sdn Bhd (Tapaw.com) menyasarkan lebih ramai peniaga jalanan mahupun usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) menggunakan aplikasinya bagi memperluaskan pasaran produk mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Tapaw.com Datuk Anuar A Rahman berkata, ruang platform digital tersebut juga satu kaedah pemasaran yang semakin diterima ramai dan secara tidak langsung membantu golongan peniaga meneruskan kelangsungan dalam mendepani cabaran pandemik Covid-19.

Katanya, perkhidmatan penghantaran dalam talian itu tidak hanya tertumpu di kawasan bandar malah di ceruk kampung untuk membantu golongan peniaga tersebut dari segi ekonomi.

“Tidak kira sekecil manapun perniagaan mereka sama ada berniaga dari rumah atau menjual seekor kambing hidup, Tapaw.com menyediakan khidmat penghantaran terus kepada pelanggan mereka.

“Pihak kami menawarkan penghantaran dari pelbagai jenis perniagaan dengan pelbagai pengangkutan disediakan sama ada motor, kereta, van dan lori untuk memudahkan peniaga,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Tapaw.com di Duyong, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anuar berkata, menerusi platform itu juga ia bukan sahaja membantu peniaga malah turut membuka peluang pekerjaan kepada semua pihak khususnya golongan belia untuk menjana pendapatan sampingan.

Katanya setakat ini, terdapat 100,000 penghantar di seluruh negara sejak Tapaw.com diperkenalkan pada November lalu dan pihaknya menyasarkan sebanyak 5,000 peserta mendaftar dengan syarikat itu.

“Dalam tempoh pasca pandemik Covid-19, ramai yang terkesan dan ada yang kehilangan pekerjaan, justeru, kami berharap mereka dapat memanfaatkan peluang ini untuk menjana pendapatan,” katanya.

Sasar lebih ramai peniaga | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo