Berita

Sasar projek pembangunan bercampur | Harian Metro

Sasar projek pembangunan bercampur | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: UEM Sunrise Bhd merancang melancarkan projek pembangunan komersial bercampur dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang dengan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM1.3 bilion.

Berikutan itu, UEM Land Bhd yang juga anak syarikat milik penuh UEM Sunrise membeli tiga bidang tanah perdana di Petaling Jaya, Selangor membabitkan jumlah pertimbangan RM200 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Sufian Abdullah berkata, tiga bidang tanah yang berkeluasan 9.93 ekar (4.02 hektar) itu terletak di Jalan Professor Khoo Kay Kim, Seksyen 13 dan sebelum ini dimiliki Dutch Lady Milk Industries Bhd.

Katanya, projek itu adalah selaras dengan usaha berterusan syarikat bagi menyeimbangkan semula portfolionya selain mempertingkat kedudukannya di Lembah Klang.

“Kami memang merancang untuk memacu pertumbuhan dengan mempergiat tumpuan ke atas tanah utama serta strategik yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan pemulihan segera,” katanya.

Pembelian tanah itu adalah projek pertama UEM Sunrise di Petaling Jaya selain dapat memperkukuh portfolio syarikat itu.

Ini menyusuli kejayaannya di Mont Kiara, Kuala Lumpur dan Iskandar Puteri, Johor selain pembangunan dengan kegunaan bercampur-campur, Kiara Bay yang terletak di Kepong Metropolitan Park di Kuala Lumpur.

Tahun lalu, syarikat itu membeli kawasan seluas 11.45 ekar (4.63 hektar) di Taman Pertama, Cheras, Kuala Lumpur yang disasarkan bagi pembangunan bercampur serta bertingkat yang merangkumi kira-kira 2,400 unit pangsapuri.

GDV projek itu mencecah kira-kira RM1.1 bilion dan ia dijangka dapat dilancarkan menjelang akhir tahun ini.

Sasar projek pembangunan bercampur | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo